PUTRA SAMBUT BAIK HASRAT HAMIDAH, HASBULLAH KELUAR PARTI

82
SHARES
265
VIEWS

KENYATAAN MEDIA

Merujuk kepada kenyataan rakaman video Ketua Bahagian Larut merangkap Ahli Dewan Tertinggi Parti PUTRA Tuan Ahmad Hasbullah Alias dan Dato’ Hamidah Osman, Naib Presiden parti PUTRA melalui siaran Tik Tok, telah menyatakan dengan jelas rasa ketidakpuashatian terhadap parti apabila dengan rasminya PUTRA berada dalam Gerakan Tanahair (GTA) untuk bekerjasama bersama parti Pejuang, Berjasa dan Iman serta NGO Melayu Islam bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Kedua-dua pemimpin ini juga secara rasminya meletakkan kesemua jawatan dalam PUTRA dan isytihar keluar parti serta-merta. Pengurusan ibu pejabat parti menyambut baik hasrat mereka untuk tidak lagi bersama dengan parti PUTRA.

Mesyuarat Ahli Dewan Tertinggi (ADT) PUTRA yang dipengerusikan YBhg Dato’ Paduka Dr. Ibrahim Bin Ali pada 30 Julai 2022 membuat ketetapan berikut:

1. Usaha mencari kesepakatan penggabungan parti-parti Melayu telah dibentangkan secara terperinci tentang nasib dan masa depan bangsa Melayu berdasarkan faktor-faktor ekonomi dan perpecahan bangsa Melayu.

2. Isu penggabungan ini telah dua Kali dibincangkan semasa berlangsungnya Mesyuarat bulanan ADT, rujuk minit mesyuarat bilangan 06 dan 07. Ahli Dewan Tertinggi Parti telah bersetuju sebulat suara menyertai Gerakan Tanahair tanpa pertikaian.

3. Mandat dan keputusan bersama ini telah drealisasikan ke Mesyuarat Majlis Presiden Gerakan Tanahair.

Tindakan kedua-dua pemimpin ini tidak menjejaskan momentum perjalanan perjuangan gerak kerja parti PUTRA. Pemimpin datang dan pergi. Patah tumbuh hilang berganti.

Bagi melancarkan urus tadbir parti PUTRA negeri Perak, Tuan Mohd Fauzi Bin Zulkifli, Ketua Bahagian PUTRA Teluk Intan telah dilantik sebagai Pemangku Pengerusi Badan Perhubungan PUTRA negeri Perak berkuatkuasa serta merta.

Borhan Ahmad Zakaria

Setiausaha Agung PUTRA

10 Ogos 2022

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts