SIASAT DAKWAAN SALAH GUNA KUASA DALAM PEMBELIAN VAKSIN – PPIM

141
SHARES
456
VIEWS

Kenyataan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

Kenyataan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memandang serius dakwaan yang berlaku sejak musim kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), di mana banyak salah laku bekas pemimpin negara telah didedahkan pihak kawan dan lawan. Antara yang menarik perhatian kami di PPIM ialah dakwaan salah guna pembelian vaksin Covid-19 bernilai puluhan bilion ringgit. 

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan yang lebih dikenali sebagai Toqqi berkata, pihaknya telah menerima beberapa aduan berkaitan jumlah pembelian dan perbelanjaan yang tidak masuk akal untuk menangani isu Covid-19 baru-baru ini.

Aduan yang diterima mempunyai fakta yang patut dikaji dan perlu disiasat secara serius kerana ia melibatkan jumlah yang sangat besar,” katanya.

PPIM bersama beberapa NGO lain mendesak kerajaan pusat yang baharu untuk menyiasat perkara ini dan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi tujuan tersebut.
Sesungguhnya kestabilan dan kemakmuran dalam negara mampu dicapai jika pemimpin negara bersifat jujur dan amanah dalam urusan mereka.

Tambah Nadzim, bagaimana pihak kerajaan boleh “tutup mata” atau tidak menghiraukan mengenai perkara tersebut.

Negara kita bukanlah kaya sangat, rakyat menderita, apa pemimpin buat sehingga ada dakwaan salah laku melibatkan jumlah yang banyak”.

Nadzim juga berkata jika kerajaan pusat yang baharu serius mengembalikan kestabilan dan membanteras salah laku pemimpin, mereka harus menyiasat dakwaan ini.

Jika tidak, tiada bezanya pemimpin kini dan yang sebelumnya.

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts