KERAH SEMUA MENTERI UNTUK BANTU MEMPERCEPATKAN PEMBERIAN VAKSIN

174
SHARES
560
VIEWS

Oleh Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek

Bagi yang follow saya tahu, hari-hari saya menulis, sejak sekian lama. Namun tidak pernah tulis minta potong gaji menteri.

Betul, mesejnya hendak beritahu, menteri-menteri dan timbalannya berkorban sewaktu rakyat susah. Namun ia juga boleh dilihat sebagai hukuman kerana gagal jalan tugas. Harap tidak begitu.

Di Parlimen apa yang menteri paling takut apabila ada usul potong RM10 gaji. Menteri yang sombong pasti kelam-kabut cari orang pertahankan dirinya daripada serangan hujah kenapa dia gagal dan patut dipotong gaji? Apabila ada saja usul ia sudah memalukan.

Sepatutnya pengumuman semalam disekalikan dengan penegasan Perdana Menteri, pengerahan total semua menteri dan timbalan menteri dalam menangani pandemik ini.

Iaitu vaksin, vaksin dan vaksin. Jangan suruh KJ seorang.

Menteri Perladangan cari setiap pekerja di setiap estet, pekebun kecil atau Felda. Menteri Pertanian pastikan setiap petani, penternak dan nelayan. Menteri Luar Bandar libatkan semua jentera luar bandarnya kerana isu tidak daftar dan tidak hadir banyak di luar bandar.

Setiap menteri ada beribu kakitangan. Menteri pendidikan ada 400 ribu guru yang setelah divaksin boleh dikerahkan sebagai sukarelawan vaksin. Kempen, ajar MySejahtera, bantu pendaftaran dan banyak kerja lain yang boleh bantu KKM dan MOSTI. Cikgu tinggalkan kerja lain dahulu.

Buat mapping. Ada 222 kawasan Parlimen. Ada 70 menteri dan timbalan. Seorang baru jaga 3 kawasan. Hampir semua dah ada kawasan masing-masing. Cuma tambah 2 atau 3 kawasan sahaja sorang lagi. Panggil Pegawai Daerah  (DO) dan kakitangan kerajaan di kawasan berkenaan. Tanya masalah, cari jalan, bincang dan bantu perjalanan rakyat yang jauh ke pusat vaksin.

Vaksin, vaksin, vaksin bukan sekadar untuk warganegara sahaja, tetapi semua. Termasuk pekerja ladang, kilang yang bukan warga negara atau pendatang Filipina yang berjuta orang di Sabah. Kalau mereka tidak divaksin kita juga tidak selamat. Sebab itu Israelpun cari orang Palestin di Juruselem Timur dan yang bekerja dalam negara mereka untuk divaksin. Bukan sayang tetapi untuk lindungi diri sendiri. Israel hanya tidak peduli penduduk Gaza atau Tebing Barat sahaja.

Ramai seronok sikit dengar bantuan diumum semalam. Terima kasih. Tetapi kita tidak boleh berterusan macam ini. PM sudah kata kos lockdown RM2.4 bilion sehari. 2 hari sudah hampir sama dengan kos vaksin yang RM5 bilion itu. Kalau 4 hari lockdown sudah boleh bayar harga premium berganda supaya kita dapat tempahan awal. Kalau gagal lagi takkan nak lockdown dan umum bantuan lagi?

Bantuan PKP 3.0 kerana kegagalan kita sebelum ini. Benar rakyat ada salahnya, tidak ikut SOP, hendak balik raya. Rakyat pula tanya kita, siapa yang gatal buat gerakan jatuhkan kerajaan Sabah? Buat PRN dan tidak mahu kuarantin wajib 14 hari semua yang pulang dari sana? Kita tidak jawabpun soalan ini.

Kita semua ada peranan dan kelemahan kita. Semua kena buat kerja. Menteri-menteri kita lebih lagi. Ada kuasa dan ada aparatus yang besar. Masa sudah tidak banyak, kalau bulan Ogos tidak selesai lagi, takkan hendak tambah darurat lagi? Itu bukti kegagalan lebih besar.

1 Ogos hanya dua bulan lagi. Potong gaji 3 bulan macam tidak kena. Sebab pada tanggal 1 Ogos macam-macam boleh berlaku.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts