WALAUPUN DARURAT TAMAT 21 JULAI, IA TETAP PERLU DIBENTANGKAN

331
SHARES
1.1k
VIEWS

Oleh Isham Jalil

Pagi tadi Menteri Undang-undang Takiyuddin umum dalam Parlimen bahawa darurat tidak akan disambung selepas 1 Ogos 2021.

Dan dia juga umum bahawa semua Ordinan-ordinan darurat telah dibatalkan pada 21 Julai 2021 lepas.

Oleh itu selama 5 hari kebelakangan ini rakyatpun tidak tahu yang kita bukan lagi di bawah Ordinan Darurat dan penguatkuasaannya 5 hari ini tidak sah.

Pada hemat saya, kerajaan batal Ordinan darurat sebab mereka tahu mereka tidak akan dapat lanjutkan lagi darurat sebab YDP Agong dan rata-rata rakyat serta banyak pihak tidak akan setuju.

Dan juga kerana mereka (kerajaan) takut untuk bahas dan undi untuk meluluskan Ordinan Darurat ini di Parlimen seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.

Sebab jika mereka bahas dan undi usul ini, besar kemungkinan mereka akan kalah dan Perdana Menteri Muhyiddin perlu letak jawatan.

Oleh itu sebelum mereka kalah undi Ordinan Darurat ini, mereka fikir baik mereka batalkan dulu supaya mungkin ia tidak lagi perlu dibahas dan diundi.

Namun demikian, walaupun Ordinan Darurat ini telah dibatal, kerajaan masih perlu bentang dan undi untuk kelulusan secara retrospektif.

Ini penting untuk tujuan akauntabiliti dan semak imbang tentang keberkesanan dan ketelusan perlaksanaan Ordinan ini sepanjang tempoh darurat yang lepas dan supaya jika ada apa-apa elemen salah guna kuasa semasa tempoh darurat ia tidak terlepas begitu sahaja.

Kerajaan perlu bertanggungjawab.

Rujuk video di pautan;

https://fb.watch/6_1z_LMIdM/

ISHAM JALIL
26 Julai 2021

https://www.facebook.com/220524935369705/posts/1018881705534020/?d=n

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts