TAHNIAH BUAT HANNAH MUMTAZAH DAN UITM – PUTRA

391
SHARES
2.3k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA KETUA PENERANGAN PUTRA MALAYSIA

26 Julai 2021 | 16 Zulhijjah 1442H 

1. Seluruh warga parti PUTRA ingin mengucapkan tahniah kepada adik Hannah Mumtazah Ahmad Murshidi atas pencapaian tertinggi bagi dua peperiksaan program perakaunan profesional bagi sesi Jun 2021.

Beliau mendapat tempat pertama keseluruhan di dunia bagi peperiksaaan Financial Management (FM) dan tempat kedua di dunia bagi kertas Strategic Business Reporting (SBR).

2. Ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan bagi seorang anak Malaysia, dan berbangsa MELAYU BUMIPUTERA Walaupun dengan cabaran pandemik COVID-19 ini, dan sebagai bangsa yang selalu dimomokkan sebagai bangsa yang ‘bodoh’ dari segi ekonomi dan kewangan, adik Hannah Mumtazah berjaya membuktikan perkara yang sebaliknya dengan mendapat kejayaan yang begitu cemerlang. Keadaan negara yang suram dan tiada harapan ke arah pemulihan pantas, serta kestabilan ekonomi yang umpama tidak kunjung tiba tidak mematahkan semangat adik Hannah Mumtazah untuk melakarkan kejayaan bukan sahaja bagi diri beliau, secara tidak langsung mengharumkan nama UiTM sebagai sebuah institusi Pendidikan Bumiputera yang berkelas antarabangsa.

3. PUTRA juga ingin mengucapkan tahniah kepada seluruh warga Fakulti Perakaunan UiTM kerana sentiasa berusaha meningkatkan jumlah akauntan yang bertauliah di Malaysia.

Justeru itu diharap dengan kejayaan adik Hannah Mumtazah ini dapat membakar lagi semangat pelajar dan kakitangan UiTM, terutamanya para tenaga pengajar universiti agar terus menggembleng tenaga mengharumkan nama UiTM di peringkat antarabangsa.

Tanpa mempedulikan sebarang stigma dan propaganda yang disemai oleh pihak dan individu yang begitu dengki dan iri hati terhadap UiTM, sebuah PUSAT PENDIDIKAN TINGGI BUMIPUTERA yang begitu berprestij dan disegani bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di peringkat global.

Selari dengan pepatah Hang Tuah “Takkan Melayu hilang di dunia”, begitu juga diharap kecemerlangan dan keunggulan UiTM dalam ‘mengeluarkan’ produk sumber manusia yang berkualiti akan terus tidak lapuk dek hujan, dan tidak lekang dek panas demi memartabatkan agama, bangsa dan negara di persada antarabangsa.

Tidak dilupakan juga, tahniah kepada keluarga adik Hannah Mumtaz yang merupakan tulang belakang kejayaan beliau. Doa ibu bapa adik Hannah serta ahli keluarga lain yang tersayang adalah ‘senjata ampuh’ mengiringi setiap langkah yang penuh onak duri dalam ‘perjalanan’ adik Hannah mengapai kejayaan ini.

4. Sekali lagi KELUARGA PUTRA ingin mengucapkan syabas kepada adik Hannah Mumtazah dan Fakulti Perakaunan UiTM atas kejayaan yang membanggakan dan berprestij ini.

Kepada adik Hannah, teruskan usaha sehingga menjadi seorang akauntan yang bertauliah dan sentiasa berpegang kepada pepatah semakin padi berisi, semakin tunduk agar menjadi contoh kepada adik-adik generasi UiTM serta adik-adik di luar sana bahawa di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Berbekalkan kejayaan ini diharap adik Hannah apabila tiba masanya kelak akan terpanggil untuk berbakti bukan sahaja kepada keluarga, malahan turut menyumbang kepakaran kepada agama, bangsa dan negara.

Sekian.

Oleh Ashraf Bin Rosli

Ketua Penerangan PUTRA Malaysia

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts