KENYATAAN MEDIA KETUA WIRANITA PUTRA PULAU PINANG & EXCO WIRANITA PUTRA MALAYSIA
12 Ogos 2021 | 3 Muharam 1443H
1. Inisiatif vaksin secara ‘walk-in‘ oleh pihak kerajaan kepada rakyat amatlah dihargai dan telahpun mendapat sambutan orang ramai kerana memudahkan rakyat untuk mendapatkan suntikan vaksin tanpa perlu menunggu temu janji di aplikasi MySejahtera.
2. Akan tetapi, apabila peluang ini dibuka oleh pihak kerajaan, peluang tersebut telah direbut dahulu oleh warga asing yang beramai-ramai tidak menghiraukan keadaan wabak yang kian teruk dan kes mencanak naik. Lebih menakutkan, apabila kumpulan warga asing itu bukan sahaja dilihat gagal menjaga penjarakan sosial yang ditetapkan, malah ada di antara mereka dilihat ‘berpeluk’ seakan bersuka ria dan berpesta dalam keadaan bersesak-sesak dalam barisan yang panjang.
3. Menerusi video yang berdurasi selama 0.59 minit yang tular di media sosial, kelihatan ratusan warga asing sedang beratur di luar perkarangan hotel untuk mendapatkan suntikan vaksin PERCUMA yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia.
4. Namun keadaan tidak berjaya dikawal sepenuhnya oleh petugas bagi melancaran proses vaksinasi mereka seakan bebas beraksi di perkarangan luar hotel tersebut tanpa memikirkan virus yang merbahaya mungkin tersebar.
5. Mengapa tiada petugas yang menjaga dan mengawasi barisan warga asing ini? Lebih baik tidak mencucuk vaksin jika gagal dikendalikan dengan baik, malahan perkara seumpama ini akan menambahkan lagi kes positif sedia ada di negara ini.
6. Syabas WIRANITA PUTRA ucapkan kepada individu lelaki rakyat tempatan yang mengambil tanggungjawab demi negara tercinta untuk memastikan segala SOP dipatuhi oleh warga asing tersebut, malah beliau turut memohon kepada pihak polis untuk memantau situasi yang berlaku berikutan dilihat berisiko kepada orang awam di dalam video tersebut.
7. Kami dari WIRANITA PUTRA ingin menyarankan kepada kerajaan sekirannya warga asing, hendaklah melalui majikan masing-masing dan vaksinasi dilakukan di tempat kerja atau syarikat warga asing itu bekerja.
Untuk warga tempatan pula hadkan kedatangan untuk menerima suntikan vaksin.
8. Dengan itu barulah kehadiran orang ramai mudah dikawal untuk menerima suntikan vaksin dan tidak akan ada kesesakan seperti itu berulang kembali.
9. Kasihanilah rakyat yang bersusah payah sejak sekian lama mengharungi PKP dan mengikuti SOP dengan tertib dan hanya duduk di rumah. Malah ada juga rakyat yang sudah berbulan-bulan lamanya tidak bekerja, pendapatan terjejas dan hidup dalam kesusahan.
10. Warga negara Malaysiapun masih ada yang belum mendapat tarikh vaksin dan sudah lama menunggu giliran masih ramai lagi. KENAPA PULA PENDATANG HENDAK DIUTAMAKAN?
11. Sehubungan dengan itu WIRANITA PUTRA juga menggesa agar kerajaan mengambil kesempatan dan peluang ini untuk pihak Imigresen Malaysia memeriksa status warga asing dan menangkap serta menghantar pulang pendatang haram dan mereka yang telah tamat tempoh tinggal di negara ini.
WIRANITA BERWIBAWA
BERDEDIKASI, BERINTEGRITI, TUNGGAK KEPIMPINAN PUTRA MALAYSIA
Siti Fatimah Hj Mohd Shariff
Exco Wiranita Putra Malaysia
Ketua Wiranita Putra Negeri Pulau Pinang