BEREHATLAH MAHIADDIN, KINI BUKAN LAGI KERAJAAN PERIKATAN NASIONAL

220
SHARES
711
VIEWS

Bekas Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin masih mahu bernostalgia bahawa kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri daripada UMNO-Barisan Nasional ini sebagai kerajaan Perikatan Nasional.

Tiada masalah jika sebelum ini beliau mengundurkan diri dan menyerahkan tampuk pimpinan terus kepada Dato’ Sri Ismail Sabri maka kerajaan itu masih boleh digelar sebagai Perikatan Nasional.

Sebagaimana Mahiaddin perlu menerima hakikat bahawa beliau kini bukan lagi Perdana Menteri, seperti itulah beliau perlu menerima kenyataan bahawa bukan lagi kerajaan Perikatan Nasional yang memerintah sebaliknya kerajaan campuran antara pelbagai komponen gabungan seperti BN, PN dan GPS.

Apapun namanya tidak menjadi masalah tetapi bukan Perikatan Nasional yang hanya mampu bertahan selama 17 bulan, menjadikan Mahiaddin sebagai Perdana Menteri tersingkat dalam sejarah sejak negara Merdeka.

Mahiaddin dan Perikatan Nasional juga perlu berjiwa besar dan biarkan Perdana Menteri kesembilan memerintah mengikut cara tersendiri yang tentunya mempunyai cabaran yang jauh lebih besar iaitu untuk membetulkan dan membawa keluar negara daripada kemelut pandemik Covid-19 dan ketidakstabilan politik serta merangsang kembali ekonomi – sesuatu yang gagal dilakukan oleh Perikatan Nasional sebelum ini.

Cukup-cukuplah berlagak sebagai ‘kingmaker‘ dan tidak perlulah meletakkan syarat itu dan ini termasuk calon Timbalan Perdana Menteri mesti datang daripada Bersatu. Mahiaddin tidak akan pernah berjaya menjadi kingmaker melainkan hanya dikenali sebagai “King scheme of thing” iaitu menawarkan habuan jawatan dan imbuhan ataupun penyogokan politik bagi mendapatkan sokongan. Akhirnya scheme of thing ini sendiri gagal walau cukup besar habuan yang ditawarkan. 

Mahiaddin perlu ingat, bukankah Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong sendiri telah bertitah bahawa sokongan yang diberikan hendaklah jujur, telus dan tidak bersyarat. Maka cukup-cukuplah menderhaka titah DiRaja berkali-kali seperti sebelum ini yang masih belum dilupakan rakyat.

Terimalah hakikat bahawa beliau dan kerajaan Perikatan Nasional telah gagal, sehingga beliau sendiri terpaksa meletakkan jawatan. 

Justeru sudah-sudahlah Tan Sri Mahiaddin, berehatlah dan berdoalah agar tiada sesiapa yang membuat laporan polis dan SPRM bagi membongkar sebarang salah guna kuasa, ketirisan dan rasuah yang berlaku sepanjang 17 bulan Perikatan Nasional memerintah, kelak anda sendiri tergolong dalam “Kluster Mahkamah”. 

Selamat berehat Tan Sri. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts