BEKERJA BERSAMA RAKYAT DALAM SEBUAH KELUARGA MALAYSIA

551
SHARES
1.8k
VIEWS

Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera

Barisan kepimpinan Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri ke-9.

Melalui konsep “Keluarga Malaysia” dan “Bekerja Bersama Rakyat” seperti yang telah dinyatakan dalam ucapan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-9 yang baharu YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, saya percaya semua pihak perlu sama-sama mengembleng tenaga untuk fokus dalam memastikan negara kita pulih semula.

Dengan pengalaman YAB Dato’ Sri dalam memimpin beberapa kementerian sebelum ini yang terbukti mencapai pelbagai kejayaan, bermula dengan menjadi Menteri Belia dan Sukan sehinggalah menjadi Timbalan Perdana Menteri, saya yakin YAB Dato’ Sri boleh memimpin negara ini dengan baik.

Perancangan yang telah dinyatakan oleh YAB Dato’ Sri adalah menyeluruh, meliputi bukan sahaja aspek pemulihan daripada COVID-19, tetapi juga aspek ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat. Saya percaya jika dua perkara ini dapat dilakukan, negara kita akan kembali pulih seperti sedia kala.

Dalam ucapan YAB Perdana Menteri sebentar tadi juga menyebut bahawa suara anak muda akan didengari. Kami sangat menyambut baik perkara tersebut kerana masa hadapan negara adalah terletak di tangan golongan belia dan kepimpinan anak muda hari ini.

Kami dengan penuh rendah hati juga memohon agar suara dan pandangan anak muda belia seluruh negara diambil kira dan diletakkan dalam kedudukan sewajarnya sebagai salah satu golongan pemegang taruh penting negara. Kami yakin dan percaya rakan-rakan belia kami mampu membantu kerajaan sebaiknya demi negara.

Akhir sekali, saya berharap agar agenda memperkasa dan memartabat mahasiswa Malaysia akan terus berjalan ke hadapan di bawah pimpinan YAB Dato’ Sri.

Semoga Allah memberi kekuatan, serta merahmati dan mengilhamkan yang paling sempurna kepada YAB Dato’ Sri untuk memimpin negara tercinta tatkala pelbagai dugaan dan ujian sedang kita semua hadapi.

Sekian, terima kasih.

“Memartabat Mahasiswa Malaysia”

Muhammad Amir Asyraf Bin Mohd Sabri

Presiden

Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts