SATU UNDI KEPADA PN SEUMPAMA SATU UNDI KEPADA DAP-PH?

122
SHARES
394
VIEWS

Jika jujur mahukan penyatuan ummah, Muafakat Nasional adalah jawapannya. Walau apapun retorik yang dipakai, demi Islam, demi bangsa Melayu, demi penyatuan atau lain-lain retorik politik, hakikatnya Muafakat Nasional merupakan penyatuan yang sebenar. Ini kerana PAS dan UMNO merupakan dua parti berteraskan Islam dan Melayu terbesar di negara ini berbanding yang lain, yang hanya merupakan parti-parti serpihan kepada dua parti yang besar ini seperti PAN dan Bersatu. 

Maka jika maksud ‘penyatuan’ ini hendak digunakan maka ia perlu dilakukan dengan jujur dan bukan berkepentingan politik. Jika tidak, satu undi kepada Perikatan Nasional dikhuatiri menjadi satu undi kurang kepada permuafakatan nasional sebenar yang kemudiannya memberi kelebihan kepada DAP dan Pakatan Harapan untuk menang di kerusi tersebut. 

Perkara ini telahpun berlaku ketika PRU-14 di mana jika undi PAS dan UMNO di lebih 30 buah Parlimen di seluruh negara digabungkan, maka ia jelas mampu menumbangkan Pakatan Harapan. Namun perpecahan undi melalui “perang tiga penjuru” ini membuatkan tiada mana-mana pihak yang menang sama ada PAS atau UMNO. Lebih malang, mengakibatkan DAP dan Pakatan Harapan pula menang, termasuklah Bersatu yang ketika itu masih bersama mereka. 

Tindakan beberapa kerat pemimpin PAS yang ditolak oleh majoriti akar umbi PAS sendiri kerana kecenderungan mereka kepada Perikatan Nasional hanya kerana “laba politik” bagi membantu survival Bersatu, wajar diperhalusi kembali oleh penyokong-penyokong dan ahli-ahlinya. 

Jangan benarkan sejarah Pakatan Harapan menang PRU-14 pada 2018 kembali berulang. Jangan benarkan perkara yang tidak sepatutnya berlaku seperti ICERD diratifikasi kembali kerana adakah ketika itu PAS akan kembali bersama UMNO untuk penyatuan ummah dalam Muafakat Nasional? Bukankah lebih baik Muafakat yang ada diteruskan dan bukan diubah-ubah mengikut politik semasa. Ini bukan cara Islam kerana dalam agama, percakapan tidak boleh didustai, janji tidak boleh dimungkiri dan amanah tidak boleh dikhianati. 

Justeru ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS yang bakal mengundi di Melaka kelak perlu bijak memilih untuk membantu Barisan Nasional menang dan kembali memerintah dengan stabil seperti dahulu. Jika tidak, tidak mungkin sebarang kestabilan akan mampu dicapai tidak kira Pakatan Harapan ataupun Perikatan Nasional yang memerintah.

Ini kerana sejarah telahpun membuktikan perkara ini di mana demi politik, demi dendam serta demi merosakkan penyatuan ummah sebenar antara PAS dan UMNO maka Bersatu bertindak keluar Pakatan Harapan dan mula ‘mencucuk jarum’ antara PAS dan UMNO demi survival sendiri. Perkara ini telahpun didedahkan oleh Tan Sri Mahiaddin Yassin sendiri yang melihat Bersatu semakin terpinggir apabila kalah di pelbagai PKR dan dicemuh oleh Melayu Islam sendiri. Maka tindakan keluar gabungan dan menjatuhkan kerajaan sendiripun dilakukan – yang menjadi bukti dan contoh jelas betapa demi survival politik, Bersatu sanggup mengkhianati rakan sendiri yang sebelum itu bersama-sama menjatuhkan sebuah kerajaan yang diterajui oleh majoriti pemimpin-pemimpin Melayu Islam dalam UMNO.

Oleh itu, janganlah tindakan memberi satu undi kepada Perikatan Nasional kelak akan membuatkan sejarah undi pecah berulang termasuklah majoriti  yang menaruh harapan tinggi terhadap Pakatan Harapan namun kecewa akhirnya apabila manifesto tidak ditepati dan Perdana Menteri mereka sendiri mengkhianati mereka.

Jangan lupa Bersatu sanggup melakukan apa sahaja demi survival politik mereka. Jangan satu undi anda untuk Perikatan Nasional akhirnya ‘memenangkan’ DAP dan Pakatan Harapan.

Malah, tiada jaminan Bersatu atau Perikatan Nasional tidak akan kembali ke pangkuan DAP-PH apabila mula tersepit kelak. Sepertimana jenaka satira netizen, “jika salah undi nanti dapat tahi“. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts