KENAPA KEMPEN TONJOL MAHIADDIN SEBAGAI “POSTER BOY” TIDAK LAKU?

276
SHARES
891
VIEWS

Jika Pilihan Raya Negeri Melaka dijadikan sandaran, mood pengundi-pengundi di negara ini jelas menolak pengkhianatan dalam parti  dan juga tindakan melompat parti oleh “katak-katak politik”.

Strategi UMNO-Barisan Nasional yang bergerak solo juga dilihat tepat dan membuahkan hasil sehingga mampu menambah 6 kerusi berbanding 15 kerusi ketika di PRU-14 lepas. Dengan 21 kerusi yang ada ini bukan sahaja membuktikan UMNO sudah bersedia menghadapi PRU-15 namun strategi ampuh “No Nego, Go Solo” ini juga berkesan walaupun diselang-seli dengan fitnah berterusan Pakatan Harapan dan laungan palsu “penyatuan ummah” Perikatan Nasional.

Perikatan Nasional yang takut menampilkan muka calon-calonnya dan menjadikan Tan Sri Mahiaddin Yassin sebagai “poster boy” mereka juga gagal menambat hati rakyat dan pengundi-pengundi Melaka yang masih terkenang dengan kegagalan mereka memerintah selama 17 bulan.

Tindakan di saat akhir Perikatan Nasional melalui Menteri Kewangan Tengku Zafrul dan Tun Mahathir yang mendedahkan anugerah tanah kepada bekas Perdana Menteri juga gagal mengelirukan rakyat malah menjadi “senjata makan tuan”. Terdedah pula kisah sebenar bahawa ia merupakan tawaran kerajaan yang aktanya dipinda pada zaman Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri dan bukannya seperti yang difitnahkan.

Jelas Tun Mahathir dan Bersatu sebenarnya masih bersama dalam satu kapal dan pengakuan Mahiaddin mereka bertindak keluar Pakatan Harapan dan menumbangkan kerajaan sendiri adalah kerana takut gelombang rakyat yang menolak mereka apabila kalah berturut-turut di beberapa Pilihan Raya Kecil seluruh negara, menjadi bukti bahawa apa sahaja boleh Bersatu dan Tun Mahathir lakukan demi mengekalkan kuasa mereka.

Sungguhpun begitu, selepas terpukul dengan kekalahan memalukan di PRN Melaka termasuk calon Ketua Menteri mereka yang merupakan katak politik juga kalah, tentu Bersatu merencana rancangan licik seterusnya sepertimana Perikatan Nasional diwujudkan untuk melemahkan Muafakat Nasional antara UMNO dan PAS.

Namun begitu, seperti biasa perancangan Allah Taala mengatasi perancangan mereka. Yakinlah bahawa Allah SWT adalah sebaik-baik Perancang. Letaklah Mahiaddin sebagai “WOW factor” Perikatan Nasional namun jika rakyat menolak “katak-katak politik”, letaklah siapapun sebagai poster boy mereka hatta semua pimpinan Perikatan Nasional sekalipun, rakyat tetap akan menghukum mereka.

Kesimpulannya, jangan pelihara “katak-katak politik” yang sentiasa mencari kolam baru jika kolam lama sudah tidak ‘selesa’. Jika tidak percaya, lakukan PRU-15 segera dan nantikan sahaja hasilnya.

Tahniah rakyat Melaka, anda membuktikan rakyat Malaysia masih mempunyai hati nurani dan pertimbangan yang baik dalam memilih siapa pemimpin mereka. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts