WIRAWATI PUTRA TITIWANGSA GESA AHLI PARLIMEN TITIWANGSA DAN MENTERI WILAYAH SELESAI SEGERA MASALAH PAMPASAN PENDUDUK KAMPUNG BARU

351
SHARES
2.1k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA WIRAWATI PUTRA BAHAGIAN TITIWANGSA

1. Inilah yang PUTRA katakan rakyat menang sorak kampung tergadai. Baik kuasa di tangan pemimpin mana sekalipun tetapi bukan datang dari kalangan anak tempatan mereka tidak pernah akan ambil peduli tentang nasib dan masa depan penghuni lebih-lebih lagi orang-orang Melayu.

2. Sabtu lalu, penduduk Kampung Baru telah melakukan bantahan terhadap projek pembangunan semula kawasan tersebut yang mana 70 peratus telahpun menurunkan tandatangan dan berbaki lebih kurang 30 peratus menolak dan mendakwa nilai pampasan yang ditawarkan seolah-olah tidak masuk akal. Jelas sekali ini adalah satu bentuk penindasan terhadap penduduk yang keseluruhannya adalah orang Melayu. Penduduk Kampung Baru (dan sekitarnya) perlukan pembelaan kerajaan terhadap perkara ini.

3. Saya sendiri sebagai generasi ketiga melihat hal pengurusan dan pembangunan di Kampung Baru masih lagi berat sebelah dan tidak memihak kepada penduduk setempat. Orang Melayu dibuli oleh kerajaan di buminya sendiri tanpa pembelaan yang adil dan saksama. Pemimpin Melayu hanya berani membuli bangsanya sendiri. Ahli Parlimen Titiwangsa seperti tidak berfungsi, tidak menghayati dan tidak ambil peduli sebenar-benar masalah ini.

4. Soal pengambil alihan dan pembangunan ini bukan perkara baru. Kali ini penduduk tempatan sudah tidak diberi pilihan dan perlu mengosongkan rumah segera dengan disertakan jumlah pampasan yang tidak wajar. Wakil rakyat perlu bertanggungjawab dan campur tangan bukan membiarkan ia berlalu begitu sahaja. Sedangkan rakyat di dalam kawasannya di biar menangani dan mencari jalan penyelesaian sendiri untuk survival masing-masing.

5. Justeru, Wirawati PUTRA Titiwangsa menggesa Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Rina Mohd Harun untuk turun padang bantu selesaikan kesulitan penduduk dan Menteri Wilayah bukan sekadar tumpu hal pengubahan status tanah yang jelas ia adalah tanah anugerah yang dirizabkan kepada orang Melayu. Soal yang perlu Kementerian Wilayah beri tumpuan utama adalah untuk selesaikan hal pemilikan penduduk asal dan hak penduduk yang dilayan tidak setara seperti yang digembar-gembur sebelum ini seperti bayaran pampasan wajar sehingga RM3,000 sekaki persegi.

6. Wirawati PUTRA Titiwangsa juga menggesa Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PKB) untuk menjadi mediator terbaik bagi menyelaras isu berbangkit ke arah kebaikan pemilik tanah sebelum pengambilan dari pemaju dan bukannya selepas berlaku kesulitan ke atas pemilik.

Sekian.

Oleh Nurhafizah Jamalludin

Ketua Wirawati Bahagian Titiwangsa

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts