• MENGENAI ED
  • HUBUNGI KAMI
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN
  • HANTAR ARTIKEL
Friday, January 27, 2023
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
Editor Malaysia
No Result
View All Result

PRN MELAKA: BUKTI RAKYAT TOLAK WAKIL RAKYAT ‘KATAK’ DAN KHIANAT PARTI

Indikator rakyat lebih menerima penyatuan ummah di bawah Muafakat Nasional dan menolak Perikatan Nasional

Adenan Mohd. Noor by Adenan Mohd. Noor
November 21, 2021
in Kategori
0
PRN MELAKA: BUKTI RAKYAT TOLAK WAKIL RAKYAT ‘KATAK’ DAN KHIANAT PARTI
66
SHARES
730
VIEWS

Tindakan Idris Haron dan sekutunya mengkhianati mandat rakyat bersama Pakatan Harapan akhirnya dihukum oleh rakyat negeri Melaka. Pilihan Raya Negeri Melaka yang berakhir semalam melonjakkan kembali populariti UMNO-Barisan Nasional walaupun di sebalik gumpalan fitnah berterusan termasuk isu pasir, permintaan tanah bernilai 100 juta ringgit dan juga cubaan menampilkan ‘poster boy‘ Tan Sri Mahiaddin Yassin, namun cubaan jahat ini tetap gagal.

Penampilan Perikatan Nasional untuk memecah undi Melayu Islam juga gagal apabila rakyat masih tidak melupakan “kerajaan gagal” selama 17 bulan yang mengundang kemarahan ramai termasuk pihak Istana Negara sendiri. Pelbagai cara dilakukan mereka untuk kekal berkuasa termasuk bertindak derhaka dengan mengingkari titah Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, bukan sekali malah berkali-kali.

Rakyat juga tidak lupa mengenai kesengsaraan mereka yang hanya dipandang sebelah mata sehinggakan inisiatif mengangkat bendera putih dicemuh dan dipandang lekeh oleh sesetengah pemimpin Perikatan Nasional yang langsung tidak peka dan cakna dengan masalah rakyat yang semakin meruncing sehingga jumlah membunuh diri meningkat mendadak.

Selain itu, tindakan ‘bertahaluf siyasi’ buat kedua kalinya dengan DAP dan Pakatan Harapan masih tidak lekang di ingatan rakyat apabila tanpa segan silu Mahiaddin Yassin yang menjadi teruhan sebagai poster boy di Melaka membuat pengumuman terbuka rasuah politik yang mengejutkan negara, beberapa hari sebelum kehilangan kuasa.

Rujuk artikel “Tawaran Mahiaddin kepada DAP-PH buktikan UMNO difitnah selama ini” di pautan; https://editormalaysia.com/23835/ serta artikel “Tahaluf Siyasi 2.0” di pautan; https://editormalaysia.com/23854/

Sikap “over confident” Perikatan Nasional yang mempunyai dana besar memasuki pilihan raya turut memakan diri dan memalukan mereka apabila hanya menang di 2 daripada 28 kerusi yang ditandingi. Malah calon Ketua Menterinya Mas Ermieyati yang celupar ‘menganjing’ Dato Sri Mohd Najib Tun Razak yang berkata bekas Perdana Menteri itu akan pulang awal, jelas dihukum oleh pengundi-pengundi apabila kalah di kerusi yang ditandinginya kepada Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang memperoleh 3,558 undi, dengan kelebihan sebanyak 363 undi.

Andaikan Mas Ermieyati menang semalam sekalipun, impian beliau untuk menjadi Ketua Menteri Melaka tetap terbantut kerana Perikatan Nasional hanya memperoleh 2 kerusi dan jika bergabung dengan 5 kerusi Pakatan Harapan sekalipun, mereka tetap tidak akan mampu membentuk kerajaan. Pengundi-pengundi Melaka jelas memberikan isyarat kepada Perikatan Nasional bahawa rakyat tidak akan berkompromi dengan ‘katak’ dan pengkhianat parti seperti mereka dan dalam masa yang sama Pakatan Harapan juga dihukum dan dimalukan seperti PN.

Kini mungkin Hamzah Zainuddin boleh menjawab soalannya sendiri iaitu kenapa Barisan Nasional tidak meletakkan gambar Perdana Menterinya sebaliknya meletakkan gambar calon-calon yang bertanding. Ini kerana Barisan Nasional yakin dengan calon-calonnya tidak seperti calon-calon Perikatan Nasional yang berselindung di sebalik figura ‘abah’. Namun tetap gagal dan ditolak pengundi.

Memalukan. 

Tags: Mas ErmieyatiMuhyiddinNajibPerikatan NasionalTahaluf siyasi
Previous Post

PRN MELAKA: RAKYAT MELAKA MEMILIH, PUTRA UCAP TAHNIAH KEPADA BN

Next Post

WIRAWATI PUTRA TITIWANGSA GESA AHLI PARLIMEN TITIWANGSA DAN MENTERI WILAYAH SELESAI SEGERA MASALAH PAMPASAN PENDUDUK KAMPUNG BARU

Adenan Mohd. Noor

Adenan Mohd. Noor

Related Posts

SYARIKAT BERKAITAN KELUARGA TURUT TERLIBAT ISU RM600 BILION

SYARIKAT BERKAITAN KELUARGA TURUT TERLIBAT ISU RM600 BILION

December 6, 2022
DANA JUDI: TAKIYUDDIN JANGAN GOPOH, SAYA ADA DOKUMEN – ANWAR

DANA JUDI: TAKIYUDDIN JANGAN GOPOH, SAYA ADA DOKUMEN – ANWAR

December 6, 2022
DANA JUDI: PN AKAN SAMAN JIKA ANWAR GAGAL KEMUKA BUKTI

DANA JUDI: PN AKAN SAMAN JIKA ANWAR GAGAL KEMUKA BUKTI

December 6, 2022
TENDER RM7 BILION TEBATAN BANJIR DIBATAL, AKAN DIKAJI SEMULA 

TENDER RM7 BILION TEBATAN BANJIR DIBATAL, AKAN DIKAJI SEMULA 

December 6, 2022
PMO ANWAR TIDAK BOLEH ULANGI KESILAPAN SEPERTI PMO SEBELUMNYA

PMO ANWAR TIDAK BOLEH ULANGI KESILAPAN SEPERTI PMO SEBELUMNYA

December 4, 2022
KERAJAAN JANGAN TERLALU LAMA ‘PERAM’ ISU PERBELANJAAN RM600 BILION

KERAJAAN JANGAN TERLALU LAMA ‘PERAM’ ISU PERBELANJAAN RM600 BILION

December 4, 2022

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In