PUTRA TANGGUH PERHIMPUNAN AGUNG KE-2, AKAN DIADAKAN PADA 23 JANUARI 2022

341
SHARES
2k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA SETIAUSAHA AGUNG PUTRA

1. PUTRA mengambil maklum dan mengambil tindakan segera apabila berlakunya bencana banjir besar yang melanda beberapa buah negeri terutama di Lembah Kelang. Ramai di kalangan ahli dan warga parti yang terlibat secara langsung dengan musibah yang datang mengejut. Sebahagian besar di kalangan para perwakilan juga tidak dapat menghadirkan diri ke Perhimpunan Agung Tahunan PUTRA kali ke-2.

2. Setelah memperhalusi dan menimbangkan kejadian tersebut, maka dengan ini Perhimpunan Agung Tahunan PUTRA kali ke-2 yang dijadualkan berlangsung pada 26 Disember 2021 ditunda ke tarikh yang baharu. Termasuk perasmian dan Persidangan Tahunan Sayap-sayap yang sepatutnya diadakan pada 24 dan 25 Disember 2021.

3. Tarikh baharu Perhimpunan Agung Tahunan PUTRA kali ke-2 ini akan diadakan pada 23 Januari 2022, sementara perasmian dan Persidangan Tahunan Sayap-sayap PUTRA Kebangsaan akan berlangsung pada 21 dan 22 Januari 2022.

4. Perhimpunan Agung Tahunan PUTRA kali ke-2 ini akan dihadiri oleh 95 bahagian yang telahpun mengadakan Persidangan Tahunan di bahagian masing-masing, selesai memilih jawatankuasa yang baru seperti termaktub dalam Perlembagaan parti PUTRA oleh para perwakilan yang memilih bagi sesi 2021 – 2024. Perwakilan Bahagian yang bersidang telah memilih Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian, Naib Ketua Bahagian 1, Naib Ketua Bahagian II dan 10 AJK. Manakala Ketua-ketua Sayap, Setiausaha, Ketua Penerangan, Bendahari dan 5 AJK lantikan dipilih oleh Ketua Bahagian.

5. Jumlah keseluruhan perwakilan yang akan hadir pada perhimpunan kali ini berjumlah 950 orang, seperti yang termaktub dalam Perlembagaan parti PUTRA iaitu 10 Perwakilan dari kalangan Exco Bahagian-bahagian secara automatik layak hadir di mana jumlah Ahli Dewan Tertinggi (ADT) ialah 34 orang. Keseluruhan Perwakilan yang akan hadir berjumlah sekitar 1000 orang.

6. Tema bagi Perhimpunan Agung Tahunan PUTRA kali ini adalah “PERJUANGAN BERSIH DAN BERMORAL”. Ia merupakan kelangsungan falsafah perjuangan PUTRA iaitu “PEMIMPIN BERSIH DAN BERAKHLAK MULIA MENJAMIN RAKYAT SEJAHTERA DAN NEGARA BERKAT”. 

PUTRA PERKASA NEGARA

Borhan Bin Ahmad Zakaria 

Setiausaha Agung PUTRA

21 Disember 2021

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts