PRN JOHOR JADI MEDAN MAHIADDIN DAN BERSATU BUKTI KEKUATAN

226
SHARES
729
VIEWS

Perkembangan politik terkini di negeri Johor menyaksikan terbubarnya Dewan Undangan Negeri (DUN) apabila Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Negeri Johor (DUN) untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Di sebalik ‘ugutan’ bekas Perdana Menteri kelapan iaitu Tan Sri Mahiaddin Yassin yang sebegitu angkuh kononnya untuk “menekan butang dan semuanya tumbang” rupa-rupanya hanyalah satu ugutan basi dan hambar kerana ‘butang’ sebenar berada pada Sultan Johor.

Malah selepas PRN Melaka dan Sarawak yang membuatkan Mahiaddin dan Bersatu semakin ketakutan, kini PRN Johor bakal menjadi medan untuk beliau dan parti kataknya membuktikan kehebatan seperti yang selalu dilaung-laungkan oleh mereka selama ini. Walaupun rakyat sebenarnya ternanti-nanti kedatangan PRU-15 untuk melihat kehebatan pemimpin-pemimpin katak Bersatu yang hanya hebat bercakap tetapi PRN Johor tentu cukup untuk mengubat hati seketika.

Rakyat ingin melihat bagaimana sebuah negeri yang boleh dikatakan menjadi ‘benchmark‘ bagi Bersatu berbanding negeri-negeri lain kerana tentu Mahiaddin mahu menjaga air mukanya daripada dimalukan di negerinya sendiri. Tentu beliau dan Bersatu akan all out untuk berjuang di PRN Johor, jika bukan untuk memenangkan Bersatu yang dilihat sukar, tetapi sudah cukup untuk berjuang habis-habisan agar Mahiaddin tidak malu.

Selain itu, ia juga menjadi medan bagi parti-parti lain untuk menilai sokongan terhadap parti masing-masing terutamanya PAS dan juga UMNO, cuma keadaannya sahaja berbeza. PAS perlu menilai sokongan rakyat terhadap mereka yang kuat menyokong Bersatu yang dilihat rakyat dan ahli-ahlinya sendiri sebagai “sokongan membawa rebah” manakala UMNO pula perlu menilai sokongan rakyat terhadap mereka pasca PRU-14 yang semakin kuat kebelakangan ini. 

Apapun, semoga PRN Johor kelak mampu memulihkan suasana politik di negeri itu yang kurang stabil akibat daripada diganggu-gugat oleh individu yang ‘perasan’ beliau ada butang untuk menumbangkan kerajaan, sedangkan beliau sendiripun sebelum ini sudahpun ditumbangkan. 

Ikuti kenyataan penuh baginda Sultan Johor mengenai pembubaran tersebut di pautan;

https://editormalaysia.com/24991/

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts