ISHAM JALIL PERTIKAI TINDAKAN TOMMY THOMAS LEPAS ANAK VINCENT TAN

482
SHARES
2.8k
VIEWS

Kes dadah anak taikun yang sekian lama dikaitkan sebagai kroni Tun Mahathir iaitu Vincent Tan kini hangat apabila Tommy Thomas membuat pengakuan terbuka melepaskan anak taikun tersebut dan mengklasifikasikan kes tersebut sebagai Non Further Action (NFA) iaitu tiada tindakan lanjut.

Ketua Penerangan Barisan Nasional Selangor Isham Jalil yang merupakan bekas pegawai khas kepada Perdana Menteri keenam Dato Sri Mohd Najib Tun Razak mengecam tindakan tersebut kerana bersifat antara dua darjat.

Menurutnya, jika rakyat biasa pasti akan dijatuhkan hukuman dan bukan sewenang-wenangnya dilepaskan.

Laporan mengatakan anak lelaki Vincent Tan ditahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya kerana terlibat dengan kuantiti dadah yang sangat besar, namun Tommy Thomas mengklasifikasikan kes itu sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).”

Ramai orang lain yang ditahan di bawah akta yang sama disabit hukuman dan gantung. Apa ini Tommy? Dan siapakah Menteri Dalam Negeri pada ketika itu? Muhyiddin?

Justeru kerajaan wajar meneliti kes ini semula. Isham juga mempertikai siapa Menteri Dalam Negeri ketika itu yang disandang oleh Mahiaddin. Beliau juga melepaskan kes LTTE walaupun terdapat bukti yang jelas dan nyata seperti dimaklumkan Datuk Ayob Khan suatu ketika dahulu. Dalam hal ini kerajaan wajar menyiasat semula anak Vincent Tan ini kerana tiada sesiapa melebihi undang-undang negara hatta seorang Perdana Menteri sekalipun.

Cuma harapan rakyat untuk melihat perkara ini berlaku hanyalah apabila kerajaan ditukarkan. Jika Pakatan Harapan, Perikatan Nasional atau Keluarga Malaysia, tiada apa yang boleh diharapkan rakyat. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts