KHAIRY JAMALUDDIN SUDAH BOLEH UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA DUNIA POLITIK

25.7k
SHARES
82.9k
VIEWS

Di sebalik kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa kerajaan tidak mewajibkan atau memaksa rakyat untuk mengambil dos penggalak atau kanak-kanak diberikan vaksin, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dilihat sebegitu agresif ‘memaksa’ rakyat mengambil vaksin dan booster. 

Menurut Ismail, ia bergantung kepada ibu bapa sendiri jika mahu anak mereka divaksin. Beliau juga berkata, ramai ibu bapa menganggap kerajaan memaksa program PICKids terhadap kanak-kanak sedangkan ia adalah tidak benar.

Rakyat menyambut baik kenyataan Ismail Sabri namun tetap kecewa dengan pelaksanaan dan pemberian booster oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin yang dilihat seperti memaksa rakyat. Pelbagai NGO terutamanya PPIM telahpun menyuarakan bantahan dan mengadakan pelbagai forum namun dipandang sepi oleh kerajaan.

Walaupun kenyataan Ismail ini dilihat melegakan, ia tetap tidak menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat dalam isu pelaksaaan dan pemberian vaksin serta booster. Kenapa kerajaan menafikan sebarang kematian atau kecederaan yang berlaku asbab daripada mengambil vaksin dan booster sedangkan terdapat pelbagai bukti yang dikemukakan. Bahkan terdapat bantahan oleh pelbagai pihak termasuk ratusan pengamal perubatan sendiri. 

Di sebalik kemelut ini, apa salahnya jika rakyat diberi pampasan sekiranya berlaku apa jua masalah dalam masa dua minggu pemberian vaksin dan booster, tanpa mengira apa jenispun sakitnya dan komplikasi yang berlaku. Ini menunjukkan sikap kebertanggungjawaban kerajaan dalam mengihsani dan melayan rakyatnya. Usah kedekut, wang pampasan yang diberikan bukanlah harta milik persendirian Perdana Menteri ataupun jemaah Menteri tetapi hak rakyat yang perlu diberikan jika berlaku sesuatu yang tidak diingini ke atas mereka.

Selain itu kaedah ini juga akan menunjukkan bahawa kerajaan meyakini dan tidak takut dengan sebarang komplikasi yang berlaku daripada program pemberian vaksin dan booster mereka sendiri. Dalam masa yang sama ia akan meningkatkan keyakinan dan menghilangkan keraguan rakyat terhadap program vaksinasi kerajaan. 

Selain itu, cara kerajaan yang tidak konsisten juga menimbulkan kemarahan rakyat apabila kononnya berlaku peningkatan mendadak Omicron, namun dalam masa yang sama kenapa pula Mahiaddin selaku Pengerusi Majlis Pemulihan Negara mengumumkan pelancong luar negara tidak perlu lagi menjalani kuarantin? Bukankah ini bertentangan dengan ‘ketakutan’ kerajaan terhadap Omicron malah begitu ‘robust‘ dalam ‘memaksa’ rakyat mengambil booster.

Apapun, rakyat tidak akan lupakan hal ini, asbab daripada kegelojohan Khairy ketika menjadi Menteri Kesihatan itu pasti akan dibalas oleh rakyat kelak. Beliau boleh lupakan kerusi Parlimen Rembau kerana UMNO hampir pasti tidak mahu meletakkan beliau sebagai calon. Bukan sahaja isu vaksin yang menimbulkan keraguan rakyat malah dalam hal politik juga beliau dilihat tidak menghormati partinya sendiri. Jika Bersatu atau DAP sekalipun mahukan Khairy, di mana sahaja kerusi beliau tandingi pasti akan dikalahkan oleh calon yang lain dengan mudah. 

Selepas kerajaan lain memerintah, apa yang anda lakukan ini pasti akan disiasat daripada awal bagaimana program vaksin dimulakan. Mana-mana parti politik yang berani mengambil anda kelak sebagai calon Ahli Parlimen juga pasti akan dibalas oleh rakyat.

Justeru, selamat jalan Khairy Jamaluddin, anda kini sudah boleh berkira-kira mencari kerja lain kerana kerjaya politik anda pasti akan dikuburkan oleh rakyat di PRU-15 kelak. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts