TAGLINE 100 HARI “KERAJAAN PH: MUNAFIQ & NEPOTISME”
Oleh Mohd. Puad Zarkashi
15 Ogos 2018
“Menyatakan kebenaran dianggap pekerjaan serong. Tetapi menyatakan pembohongan sering pula disanjung. Itulah dunia kepalsuan politik”
1. Sempena 100 hari pemerintahan Kerajaan PH semua pihak mahu mengulas kegagalanya dengan berbagai bukti. Saya memilih untuk menyimpulkannya dengan ‘tagline‘ “Kerajaan PH: Munafik & Nepotisme”. Nampak keras tetapi lebih wajar daripada guna perkataan kepala bapak dan celaka oleh YB DAP.
2. Kenapa munafiq? Ciri munafiq ada 3.
Bila berjanji dia tidak tunaikan. Bila bercakap dia bohong dan bila diberi amanah (kuasa) dia tidak bertanggungjawab.
3. Tagline itu tepat kerana kerajaan ini langsung tidak ada perasan insaf, memohon maaf atau mengemukakan tawaran baru sebagai ganti. Bahkan mereka mencari jalan tipu iaitu mengalih isu dan terus mencari salah kerajaan sebelumnya.
4. Mereka tidak malu pun pada rakyat bahkan amalan nepotisme dan dinasti semakin meningkat. Terbaru anak perempuan Lim Kit Siang dilantik menjadi Senator. Saya setuju dengan cadangan kawan-kawan supaya selain tagline di atas, gunakan juga ‘war cry‘ terhadap Kerajaan PH iaitu “ Tipu Tipu Tipu. Tepuk”. 3x ye.
(Dihantar melalui Whatsapp)