PEJUANG BERI ALASAN LOGO PARTI KURANG DIKENALI PUNCA KEKALAHAN

347
SHARES
2k
VIEWS

Seperti biasa, mereka yang kalah akan mencipta pelbagai alasan walaupun ada antaranya yang tidak masuk akal. Mukhriz Mahathir selaku Presiden parti Pejuang memberi alasan kononnya kerana kurangnya pendedahan logo parti antara sebab kekalahan di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Nampaknya kelibat Tun Mahathir selama puluhan tahun dalam kancah politik negara serta empat pucuk surat ayahandanya kepada rakyat Johor tidak memadai untuk memenangkan Pejuang hatta satu kerusipun di PRN Johor. Lebih malang, parti itu kehilangan semua deposit di semua 42 kerusi DUN yang ditandingi. 

Muhkriz juga memberi alasan peratusan keluar mengundi yang rendah turut menjadi faktor kekalahan mereka, tetapi dalam masa yang sama mengakui terdapat kelemahan di pihak Pejuang yang perlu diperbaiki.

Ini menjadi bukti jelas parti yang kaya-raya dan mungkin bukan sahaja terkaya di Malaysia malah mungkin di Asia Tenggara, mempunyai sokongan kuat taikun-taikun merangkap bilionair serta diterajui oleh ahli politik yang pengalaman luas dalam politik, tidak cukup untuk memperdaya rakyat mengundi mereka. Rakyat lebih bijak memilih dan tidak lagi terpesona dengan kata-kata Tun Mahathir yang hanya mementingkan survival kroni dan anak-anaknya berbanding rakyat.

Rakyat serik dengan pengalaman merasai kegagalan Pakatan Harapan memerintah dan juga menolak Perikatan Nasional yang tunduk kepada Tun Mahathir dan hanya menjadi bonekanya. Sepatutnya sudah lama dahulu Tun Mahathir bersara daripada politik dan tidak perlu menunggu dimalukan oleh rakyat seperti yang berlaku di PRN Johor. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts