PUAD: PERJUMPAAN TERTUTUP MP PH SEMPENA 100 HARI. CEP DITERUSKAN, PEGAWAI TINGGI AKAN DIPECAT

512
SHARES
1.7k
VIEWS

PERJUMPAAN TERTUTUP MP PH SEMPENA 100 HARI. CEP DITERUSKAN, PEGAWAI TINGGI AKAN DIPECAT

Oleh Mohd Puad Zarkashi
18 Ogos 2018

Dalam satu perjumpaan tertutup ahli Parlimen PH (didedahkan akhbar Strait Times Singapore) Tun kata, dia perlukan 5 tahun bukannya 100 hari untuk menunaikan janji. Dia juga mengaku janji pilihanraya PH melampaui batas. Menurut Tun lagi, PH tidak sangka menang PRU ke 14. Dengan kata lain PH terkejut beruk kerana menang.

Sebagai langkah susulan, peranan “Council of Eminent Person” (CEP) akan diteruskan (walaupun berjanji akan ditamatkan bila cukup 100 hari PH memerintah). Manakala pemecatan akan diteruskan. Siapa mereka yang akan dipecat? Sudah tentulah beberapa orang Pegawai Tinggi Kerajaan.

Nampaknya CEP di bawah Daim akan lebih autoritatif dan digeruni. Bekas Ketua Hakim negara pun kena datang mengadap CEP. Kabinet Kerajaan akan menjadi second class. Sebab itu Menteri Menteri PH menjadi semakin “idiots”. Hanya mampu berfikir soal kasut hitam, tandas untuk LGBT, tanam sayur belakang rumah dan naikkan cukai soda. Sepatutnya CEP yang ditutup kerana ekonomi gagal, hasil negara kurang, harga sawit naik, harga barang tidak turun, ringgit semakin lemah dan janji tidak tertunai. Malangnya, Pegawai Tinggi Kerajaan pula dimangsakan atau jadi kambing hitam. Mungkin Pegawai Tinggi berkenaan engkar arahan CEP.

CEP akan menjadikan kroni kapitalisme dan nepotisme berleluasa seperti kes penjualan SPLASH. Ia akan menjadi buffer zone antara Tun M dan Kabinetnya. Jika ada keputusan Kabinet yang dia tidak suka CEP akan digunakan untuk “over rule”. Rakyat Malaysia sekalian, bangkitlah hingga CEP dibubarkan. Jika tidak, penipuan akan berterusan. “Tipu Tipu Tipu….Tepuk”. 3X.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts