‘COKE’ BAKAL NAIK HARGA

135
SHARES
437
VIEWS

Kerajaan sedang mempertimbangkan pelaksanaan cukai baharu yang tidak akan membebankan golongan berpendapatan rendah (B40), antaranya cadangan mengenakan cukai soda.

Cadangan tersebut dinyatakan oleh Ahli Parlimen Damansara, YB Tony Pua yang juga pegawai khas kepada Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng.

“Misalnya, saya boleh sebut, katakan kita nak laksanakan cukai soda, macam cukai (atas) Coca-Cola, ia ada dua komponen.”

“Pertama ia dapat beri sedikit hasil kepada kerajaan. Ia (juga) tidak membebankan golongan B40 sebab (mereka) tak perlu minum Coca-Cola.”

“Pada masa sama, kita boleh menggalakkan kehidupan yang lebih sihat,” katanya seperti dipetik Buletin Utama TV3.”

“Kesemuanya sedang diteliti dan disemak supaya kita dapat laksanakan cadangan yang paling baik untuk rakyat.”

Beliau berkata lagi, kerajaan sedang mengkaji beberapa cadangan cukai baru untuk memastikan cukai yang paling sesuai untuk dilaksanakan. Kerajaan bercadang meneroka cukai baharu untuk menebus kekurangan RM19.4 bilion dalam bayaran balik GST yang dituduh Lim, ia dirompak oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum ini.

Pihak kerajaan juga wajar meneroka cadangan netizen agar menaikkan cukai kereta mengikut kadar ‘kemewahan’ kereta tersebut kerana kereta mahal dan mewah ini hanya mampu dibeli oleh orang kaya dan bukan golongan B40.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts