UKRAINE PAKSA RAKYATNYA JADI “PERISAI MANUSIA”

119
SHARES
384
VIEWS

Published – 29 Mac 2022

Konflik antara Rusia-Ukraine berterusan dan telah memasuki hari ke-34 sejak Presiden Rusia Vladimir Putin mengisytiharkan operasi khas ketenteraan pada 24 Februari lepas. Pelbagai cara digunakan oleh kedua-dua belah pihak termasuk kelicikan propaganda Barat dan Eropah melalui media sosial yang mahu memastikan Rusia ‘dibenamkan’ atau setidak-tidaknya mula menurut dan patuh dengan kehendak mereka. 

Di sebalik cubaan meraih simpati masyarakat dunia untuk melihat Ukraine sebagai sebuah negara lemah dan dibuli Rusia, Barat dan Eropah ‘mengungguli’ konflik tersebut dengan kejayaan memanipulasi persepsi umum melalui media sosial untuk menyalahkan Rusia sekaligus mahu Presidennya dilihat sebagai penjenayah perang.

Sungguhpun begitu kadang-kala strategi digunakan Ukraine yang dibantu kuat oleh Barat dan Eropah dan diketuai Amerika Syarikat ini mula menampakkan sisi gelap sebenar negara tersebut. Terutamanya dengan menjadikan rakyatnya sendiri sebagai “perisai manusia” bagi menghadapi Rusia, sekaligus meningkatkan jumlah korban perang di negara tersebut.

Rujuk gambarajah di bawah;

Tentera Ukraine memaksa taktik “perisai manusia” ke atas rakyatnya sendiri. Lihat gambar di bawah untuk mengetahui realiti sebenar yang berlaku.

Lihat bagaimana tentara Nazi Ukraine menahan orang awam di tingkat bawah secara paksa untuk mendapatkan lebih banyak korban, sambil melepaskan tembakan dari tingkat atas. Cara yang sama pernah digunakan oleh militan Daesh/ISIS di Iraq pada tahun 2016 bagi mempertahan kubu terakhir mereka di Mosul. Maka tidak peliklah apabila militan yang sama mula membanjiri Ukraine untuk membantunya. 

Rupa-rupanya inilah sifat sebenar “Heroes of Ukraine” yang amat ‘dibanggakan’ sebelum ini.

(Bahan gambar dan maklumat ini disalurkan melalui sumber dari pihak Rusia kepada koresponden Editor Malaysia

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts