• MENGENAI ED
  • HUBUNGI KAMI
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN
  • HANTAR ARTIKEL
Saturday, May 27, 2023
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
Editor Malaysia
No Result
View All Result

BENARKAH BERSATU PULAU PINANG BOIKOT PRN JOHOR? 

Ketua Bersatu Bahagian Telok Bahang dedah antara faktor kekalahan Bersatu di PRN tersebut

Adenan Mohd. Noor by Adenan Mohd. Noor
April 16, 2022
in Politik, Utama
0
BENARKAH BERSATU PULAU PINANG BOIKOT PRN JOHOR? 
27
SHARES
295
VIEWS

KUALA LUMPUR – Ketua Bahagian Bersatu Balik Pulau, Pulau Pinang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri  (ADUN) kawasan Telok Bahang, Zolkifly Md. Lazim mendedahkan terdapat beberapa Ketua Bahagian  Bersatu dari Pulau Pinang yang memboikot kempen PRN Johor baru-baru ini.

Pendedahan terbaharu yang mengejutkan itu mendakwa disebabkan tindakan tersebut, ia menjadi antara punca kekalahan Bersatu walaupun Johor merupakan negeri Presiden Bersatu.

Jelasnya, keputusan untuk tidak membantu kempen dalam PRN Johor itu dibuat oleh beberapa Ketua Bahagian Bersatu yang bermesyuarat pda pertengahan Februari lalu.

Beliau (Zolkifly) sendiri telah dijemput menyertai mesyuarat itu bersama ketua-ketua bahagian pada pertengahan Februari lalu, namun tidak dapat hadir disebakan beberapa urusan lain.

“Ada lagi beberapa Ketua Bahagian lain yang tidak  hadir.”

“Namun, saya difahamkan, mesyuarat yang disertai beberapa Ketua Bahagian dari Pulau Pinang itu kemudian membuat keputusan dan ketetapan bahawa Bersatu Pulau Pinang tidak akan turun membantu kempen parti di PRN Johor,” katanya.

Tambahnya, keputusan berkenaan secara jelas menunjukkan mereka memboikot PRN Johor dan ini adalah antara faktor kekalahan Bersatu di sana. Zolkifly juga tidak menolak kemungkinan tindakan Ketua-ketua Bahagian dari Pulau Pinang itu adalah kerana tidak berpuas hati dengan Bersatu Pusat atas beberapa perkara. Menurutnya, kemungkinan juga disebabkan ada permintaan dari mereka kepada Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang gagal dipenuhi.

Beliau berkata, pada awalnya Bersatu Pulau Pinang diberi tanggungjawab menjaga dua kawasan di Johor  iaitu Kulai dan Tanjung Piai. Tambah beliau, dua kawasan itu dijadikan sebagai kawasan ‘angkat’ kepada Bersatu Pulau Pinang. Jelasnya, disebabkan tindakan memboikot itu, tanggungjawab dua kawasan berkenaan telah diambil alih oleh Bersatu Sarawak.

Berikutan pendedahan tersebut, Zolkifly tidak menolak kemungkinan beliau juga akan menjadi ‘mangsa’ boikot oleh pihak tertentu termasuk usaha menyingkirkan beliau dari parti. Beliau menggesa, Presiden parti dan kepemimpinan tertinggi Bersatu mengambil tindakan tegas termasuk menstrukturkan semula jentera parti bagi menghadapi PRU akan datang.

“Antara langkah ialah kita perlu aktifkan semula pusat latihan parti bagi memastikan setiap ahli dan ketua-ketua bahagian benar-benar komited dalam memperjuangkan agenda parti,” katanya.

 

Tags: Bersatu Pulau PinangPRN JohorZolkifly Md. Lazim
Previous Post

CATATAN DARI EROPAH: TRANSFORMASI PENDIDIKAN AWAL DI SLOVAKIA 

Next Post

RIDHUAN TEE, LOMPAT KATAK DAN BERSATU

Adenan Mohd. Noor

Adenan Mohd. Noor

Related Posts

WARGA FELDA TUNTUT JANJI MANIFESTO PRN JOHOR LAKSANA RUMAH GENERASI KEDUA

WARGA FELDA TUNTUT JANJI MANIFESTO PRN JOHOR LAKSANA RUMAH GENERASI KEDUA

August 5, 2022
ONN HAFIZ MENTERI BESAR JOHOR KE-19

ONN HAFIZ MENTERI BESAR JOHOR KE-19

March 15, 2022
DESAKAN PRU-15: BEBERAPA LANGKAH YANG BOLEH DIAMBIL ISMAIL SABRI

DESAKAN PRU-15: BEBERAPA LANGKAH YANG BOLEH DIAMBIL ISMAIL SABRI

March 14, 2022
KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PUTRA MENGENAI KEPUTUSAN PRN JOHOR

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PUTRA MENGENAI KEPUTUSAN PRN JOHOR

March 13, 2022
KIT SIANG BERI ALASAN KURANG MASA BERKEMPEN PUNCA KALAH TERUK

KIT SIANG BERI ALASAN KURANG MASA BERKEMPEN PUNCA KALAH TERUK

March 13, 2022
PEJUANG BERI ALASAN LOGO PARTI KURANG DIKENALI PUNCA KEKALAHAN

PEJUANG BERI ALASAN LOGO PARTI KURANG DIKENALI PUNCA KEKALAHAN

March 13, 2022

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In