BENARKAH BN MINTA 30% SAHAM DARI CHINA UNTUK INDIVIDU TERTENTU?

346
SHARES
2k
VIEWS

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sewajarnya mendedahkan butiran mengenai dakwaan beliau bahawa kerajaan Barisan Nasional sebelum ini korup dalam menerima kemasukan pelabur China ke negara ini dengan meminta 30% saham untuk individu tertentu.

Ini kerana dakwaan tersebut amat serius dibandingkan dengan dakwaan lain yang melibatkan urusan dalam negara namun kini dakwaan beliau turut melibatkan kerajaan lain.

Pihak Barisan Nasional yang kini pembangkang pula wajar membuat laporan polis agar Tun Mahathir boleh menunjukkan bukti dan individu yang terlibat dan bukan hanya membuat dakwaan semberono seperti amalan biasa Menteri Pakatan Harapan terutama Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Tun Mahathir berkata demikian semasa Forum Pemimpin Kelab Usahawan China di China World Summit Wing Hotel di Beijing hari ini.

Mahathir ditanya oleh salah seorang usahawan China semasa forum berkenaan mengenai kebimbangan terhadap prosedur ketika menjalankan perniagaan di Malaysia.

“Saya fikir, kerajaan baru (Pakatan Harapan) telah mengambil masa lebih kurang tiga bulan lalu. Jadi, dasar kerajaan lama (BN) adalah apa yang mengakibatkan kerajaan menjadi sukar kerana kerajaan (sebelum ini) tidak cekap, ia korup.

“Terdapat kes di mana pelabur diminta memberi 30 peratus saham kepada sesetengah orang. Itulah sebabnya ada kelewatan kerana orang tertentu cuba mendapatkan wang daripada pelabur.”

Perdana menteri memberi jaminan bahawa kerajaan kini tidak akan membenarkan amalan sedemikian berlaku dan berkongsi cara baru untuk meningkatkan kecekapan serta mempercepatkan kelulusan bagi pelabur yang ingin menjalankan perniagaan di Malaysia.

“Mereka (agensi kerajaan) harus mengikut corak tertentu dan mereka diberi masa tertentu untuk membuat keputusan.

“Jika tidak, mereka akan ditanya kenapa. Kenapa kamu menolak dan mengapa kita tidak bersetuju? Mereka perlu menjawab soalan itu.”

“Saya berharap apa yang berlaku kepada anda tidak akan berlaku lagi, tetapi jika anda masih mempunyai aduan, anda boleh menghantarnya kepada saya secara peribadi.”

Mahathir turut memberikan keyakinan sekiranya komuniti perniagaan China melabur di Malaysia, tidak akan berlaku perbuatan mendapatkan wang daripada mereka sebelum sesuatu projek diluluskan.

Beliau berkata apabila sesuatu projek mematuhi syarat ditetapkan negara ini, pelabur akan diberikan kelulusan secepat mungkin.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts