STRAITS TIME SINGAPURA: PAKATAN MEMBUAT JANJI, TIDAK JANGKA MENANG

353
SHARES
2.1k
VIEWS

Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata Pakatan Harapan (PH) membuat terlalu banyak janji kerana tidak menjangkakan akan memenangi PRU-14 pada Mei lepas.

Pengerusi PH tersebut memberitahu Ahli Parlimen PH dan Parti Warisan Sabah kenapa pentadbiran baharu berdepan dengan kesukaran untuk menunaikan manifesto yang telah dijanjikan, dalam sebuah mesyuarat tertutup di Petaling Jaya pada malam Isnin lepas.

Tun Mahathir juga memberi amaran mengenai kemungkinan penolakan rakyat terhadap kerajaan baharu, yang diberitahu oleh beberapa sumber yang berada dalam majlis makan malam berkenaan.

“Sebenarnya kita tidak jangkakan untuk menang dan kita membuat banyak manifesto dengan pelbagai janji-janji… Kita perlu membuat pengorbanan untuk memenuhi apa yang telah dijanjikan. Jika kita taidak mampu menunaikannya kita perlu alasan baik yang boleh diterima rakyat.”

“Jika kita gagal menunaikan janji tersebut, pihak pembangkang akan menggunakannya untuk menentang kita dan kita boleh dikalahkan dalam pilihanraya akan datang.”

Beliau memberikan satu contoh di mana PH berjanji untuk menjadikan kedudukan ketua pembangkang setaraf dengan menteri. Namun janji tersebut dibuat dengan jangkaan PH masih sebagai pembangkang.

“Tetapi kita menang dan kini kita rasa kurang selesa untuk memberikan taraf menteri tersebut kepada Ketua Pembangkang.”

(Dipetik melalui laman web Straits Times Singapura dan boleh dilayari di https://www.straitstimes.com/asia/se-asia/pakatan-made-pledges-without-expecting-to-win-polls-mahathir)

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts