KETUA MENTERI MELAKA YANG SERBA TAK KENA

370
SHARES
2.2k
VIEWS

Bukan rahsia lagi prestasi Sulaiman Ali sebagai Ketua Menteri Melaka semakin hambar. Perkara ini berkait rapat dengan semangat dan gerak kerja berpasukan dari tim beliau yang perlu lebih proaktif. Para pegawai pejabat Ketua Menteri Melaka kena lebih agresif agar imej Sulaiman lebih seimbang antara penampilan (input) dan hasil (output).

Perkara utama yang Sulaiman kena tengok adalah ucapan-ucapan beliau. Sering terjadi di majlis-majlis rasmi, penampilan Sulaiman seolah-olah tidak bersedia dan ucapan beliau sering tersasul. Jelas kelihatan Sulaiman seperti baru melihat teks ucapan ketika memulakan ucapannya. Penampilan Sulaiman di depan audien juga seperti tidak bersedia langsung.

Benar, alasan yang sering diberi ialah Sulaiman sebagai Ketua Menteri amat sibuk. Ini ialah tugas para pegawai di pejabat beliau mengatur program. Para pegawai terutamanya Setiausaha Akhbar kena pastikan Sulaiman bersedia dengan teks ucapan yang telah disediakan. Penampilan, pengucapan serta sebutan kena meyakinkan.

Belum lagi kita bahas tentang isi kandungan dalam ucapan-ucapan Sulaiman. Isi ucapan dari tahun 2020 semasa mula-mula menjadi Ketua Menteri, diulang-ulang sampai sekarang. Rumah Melaka, Pelan Strategik dan projek M-WAZE tetap diucapkan Sulaiman di acara-acara rasmi kerajaan.

Lebih buruk lagi, kita boleh meneka apa perkataan-perkataan yang akan disebutkan Sulaiman seperti menghafal namun tidak dapat menyebutkannya dengan baik. Seolah-olah Setiausaha Akhbar menyediakan teks secara ‘copy & paste‘ dari teks terdahulu yang kemudiannya diolah semula mengikut kesesuaian acara. Ini tentunya merosakkan imej Sulaiman.

Sering berlaku alasan yang diberikan ialah pihak penganjur yang menyediakan teks ucapan. Jika Setiausaha Akhbar memberi alasan ini, bermakna beliau langsung tidak membuat ‘homework‘ atau malas membuat research menyediakan bahan-bahan baru untuk bos beliau.

Terbaru, gambar-gambar Sulaiman semasa acara sambutan kelahiran TYT Melaka boleh disifatkan amat buruk sekali. Jurufoto Sulaiman juga tidak memainkan peranan bagi membantu menaikkan imej bos mereka. Tiada momen-momen menarik dan sudut (angle) gambar yang diambil juga lesu dan teruk. Selalunya jurufoto melapor kepada Setiausaha Akhbar. Mungkin juga Setiausaha Akhbar dan jurufoto tiada grup Whatsapp yang bolehkan mereka berbincang.

Ucapan dan gambar-gambar boleh menaikkan imej seseorang pemimpin. Malangnya komponen ini tiada pada Sulaiman. Sulaiman nampaknya bergantung penuh kepada imejnya yang merakyat. Tiada salahnya berbuat begitu namun tidak selamanya imej begini mengukuhkan personaliti dan kredibiliti pemimpin.

Jika Sulaiman dilihat lemah dari segi kepimpinan, pasukan beliau perlu melakukan perubahan drastik. Setiausaha Akhbar perlu berperanan lebih besar. Ini kerana beliau berperanan melonjakkan imej bos. Jika ucapan dan gambar-gambar yang disediakan untuk Sulaiman berkualiti dan baik, tentunya ia mampu menaikkan imejnya.

Sayang, hampir 30 bulan menjadi Ketua Menteri, imej beliau patut lebih baik. Malangnya perkara ini tidak terjadi kepada Sulaiman. Dengan prestasi yang ‘so-so‘ setakat ini, para pegawai Sulaiman perlu lebih agresif menggilap imej bos mereka.

Rakyat memerhati serta menilai. Kepada pasukan Sulaiman, tidak selamanya imej ‘baju kurta’ boleh diguna pakai mengukuhkan sokongan. Sayang jika kebaikan Sulaiman tidak ditambah baik dengan nilai-nilai kepimpinan terbaik yang lain….

Tetap Undi Sulaiman

Lendu, Melaka

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts