ADAKAH WATAK “BUANG (SARJAN HASAN)” DI DALAM UMNO?

104
SHARES
336
VIEWS

SURAT PEMBACA | 1. Naratif pilihan raya segera tidak perlu atau tidak menguntungkan UMNO semakin berleluasa setelah DS Najib dihumban ke penjara secara kurang adil. Nampak sangat tangan ghaib yang mencatur mengejar masa mahu memenjarakan DS Najib dengan segera.

2. Agaknya puas hatilah mereka yang mahu melihat DS Najib merengkok di penjara. Ini termasuklah mereka yang di dalam UMNO. Mungkin ada kenduri secara diam-diam meraikan ‘acara’ yang mereka idamkan sekian lama.

3. Maka sang tangan ghaib terus bermaharajalela. Media arus perdana terus memainkan jalan cerita, sekarang bukan masa terbaik diadakan pilihan raya. Cerita konon “kesengsaraan rakyat”, “ekonomi kurang baik”, “mahu tumpu kebajikan rakyat” terus didendang.

4. PN, PH, GTA semuanya agresif mempersiapkan parti menghadapi pilihan raya. Semua serangan dihalakan kepada UMNO untuk menurunkan moral ahli parti. Umpama dalam satu peperangan besar, tembakan besar telah dilepaskan untuk melemahkan musuh. Itu ibaratnya serangan mereka kepada UMNO.

5. Tembakan utama mereka mengena apabila perancangan memenjarakan DS Najib berjaya setakat ini. Selepas ini, mereka akan membuat serangan dengan tumpuan kepada beberapa personaliti UMNO lain. Tidak sukar bagi mereka kerana tunjang UMNO telah mereka rebahkan.

6. Selain menyerang UMNO, mereka melalaikan UMNO dengan naratif “bukan masa sesuai PRU” dan “kerajaan sekarang perlu diberi peluang menghabiskan penggal”. Akan tetapi dalam masa yang sama, mereka giat membuat persediaan menghadapi pilihan raya.

7. Watak ‘Buang’ dalam filem Sarjan Hasan diguna pakai merealisasikan impian mereka menjahanamkan UMNO. Watak ‘Buang’ dalam UMNO diberi segala kemudahan kerajaan malah disokong PN, PH serta GTA untuk memainkan peranan mereka. Cukup sekadar ahli UMNO mula keliru dan perjuangan sendiri. Itu satu kejayaan bagi mereka.

8. Apabila keliru, moral ahli akan jatuh dan hanya berserah tanpa berbuat apa-apa. Ini yang mereka mahukan. Selepas itu, ‘Buang’ di dalam UMNO akan terus berperanan mengumpan itu dan ini. Naratif seterusnya, mereka akan menjaja ini untuk kebaikan UMNO (mahu mengambil alih atau bergabung dengan PN) walhal mereka adalah pengkhianat kepada parti sendiri.

9. Begitu halus dan berseni permainan mereka yang memusuhi UMNO. Mereka telah lama sedar, kita sahaja yang lalai. Benar kata Puad Zarkashi, jadi pemimpin perlu ada keberanian. Bukan bermaksud apa mereka buat kita kena buat. Dalam hal ini kita buat kerana kita dalam kedudukan terbaik berbuat demikian. Ini namanya keberanian dan keutamaan kepada parti.

10. Kepada ‘Buang’ di dalam UMNO, berhentilah menyanyi dan menari mengikut rentak lawan. Jangan mengkhianati ahli-ahli UMNO yang telah meletakkan kamu di atas sana. Di saat ahli UMNO di bawah berjuang mempertahankan parti, seharusnya kamu ikut serta bersama kami.

Bukan menjadi binatang ‘lidah bercabang’ cuba merasionalkan tindakan kamu yang berselindung di sebalik topeng pentingkan diri sendiri, rakus serta tamak..

Keutamaan seharusnya kepada parti yang kita sama-sama menjadi ahli…

Veteran UMNO

Kuala Besut

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts