NAJIB AKHIRNYA BERJAYA DIPENJARA

66
SHARES
212
VIEWS

Suka ataupun tidak, betul ataupun tidak atau adil ataupun tidak dengan penghakiman mahkamah dalam kes SRC Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak, beliau akhirnya berjaya dipenjarakan.

Matlamat asal Pakatan Harapan apabila berkuasa akhirnya berjaya juga disempurnakan oleh kerajaan Keluarga Malaysia, pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang juga merupakan Naib Presiden UMNO. Walaupun sama parti namun dilihat Ismail tidakpun berusaha untuk memberikan perbicaraan yang adil buat Najib – sepertimana yang diharapkan oleh ahli-ahli UMNO sendiri.

Tentu ketika ini bertempik sorak pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong Pakatan Harapan dengan pemenjaraan Najib ini namun apapun Allah Taala itu ada, tidak bisu dan sentiasa mendengar doa hamba-hambaNYA. Najib juga sudah bersumpah laknat menafikan beliau tahu, meminta, apatah lagi mengarahkan wang tersebut diberi kepadanya.

Percaya ataupun tidak dengan doa tersebut, hanya masa yang menentukannya. Buat Najib, bersabarlah dengan dugaan Allah Taala. Yakinlah bahawa Allah itu Maha Mendengar, Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui segala-galanya. Buat yang terlibat menganiaya dalam apa jua cara sekalipun, tahniah kerana anda berjaya mengikut skrip asal yang telah disediakan awal. Tetapi jangan lupa dengan akhirat yang pasti dan pasti ada pembalasannya. Semoga ‘seronok’ merangkak kelak mencari orang yang anda aniaya.

Wallahualam. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts