KENAPA MAJLIS PEGUAM BERAT SEBELAH DALAM KES SRC NAJIB?

85
SHARES
275
VIEWS

Soalan lebih tepat ialah, “sejak bila Majlis Peguam tidak berat sebelah jika melibatkan kes mahkamah pemimpin-pemimpin UMNO-Barisan Nasional”? Ini kerana semua pihakpun tahu bahawa sejak dahulu lagi Majlis Peguam ini menjadi alat kepada Pakatan Harapan terutamanya DAP dan PKR. Apa sahaja yang melibatkan pemimpin-pemimpin mereka yang menghadapi perbicaraan akan dibela semahunya.

Berbeza pula apabila melibatkan pemimpin-pemimpin UMNO-Barisan Nasional, Majlis Peguam akan mencari jalan untuk bersikap adil kononnya walaupun yang jelas ia berat sebelah. Inilah yang dikatakan sebagai ‘keadilan sepihak’. Apabila melibatkan kes mahkamah pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan, mereka ‘menyalak’. Apabila melibatkan pemimpin selain Pakatan Harapan, mereka menikus. Lebih teruk, mereka berkata itulah keadilan sedangkan jelas ia tidak adil.

Jadi bagaimana ingin menjadikan Majlis Peguam itu bersikap lebih adil? Caranya mudah iaitu badan itu perlu melalui transformsi daripada bersikap politik kepartian kepada politik kenegaraan. Ketika itu barulah mana-mana pemimpin-pemimpin tidak kira Pakatan Harapan ataupun UMNO-Barisan Nasional dan mana-mana kaum akan dibela sekiranya mahkamah terlihat tidak adil ataupun ada pihak yang menekan peguambela yang membela anak guamnya. Tetapi cara ini tentu tidak mahu diamalkan oleh Majlis Peguam kerana ia sentiasa dikawal oleh Presiden yang berat sebelah, yang mengamalkan politik kepartian sejak sekian lama.

Ada satu cara lain yang lebih mudah iaitu dengan menjadi seperti Tun Mahathir. Beliau masuk menyertai Pakatan Harapan dan dosa-dosanya yang banyak tidak terhingga terus ‘disucikan’. Maka secara automatik terus menjadi baik dengan Majlis Peguam dan terlepas daripada kritikan mereka. Inilah ‘pakej’ jika menyertai Pakatan Harapan. 

Justeru jika pemimpin-pemimpin UMNO-Barisan Nasional mahu selamat maka sertailah Pakatan Harapan seperti Tun Mahathir, Tan Sri Mahiaddin dan rakan-rakan Bersatu yang lain. Di mata Pakatan Harapan dan Majlis Peguam, kedua-duanya kini suci bersih seperti bayi dilahirkan.

*KENAPA MAJLIS PEGUAM BERAT SEBELAH DALAM KES SRC NAJIB?*

Soalan lebih tepat ialah, “sejak bila Majlis Peguam tidak berat sebelah jika melibatkan kes mahkamah pemimpin-pemimpin UMNO-Barisan Nasional”? Ini kerana semua pihakpun tahu bahawa sejak dahulu lagi Majlis Peguam ini menjadi alat kepada Pakatan Harapan terutamanya DAP dan PKR. Apa sahaja yang melibatkan pemimpin-pemimpin mereka yang menghadapi perbicaraan akan dibela semahunya.

Berbeza pula apabila melibatkan pemimpin-pemimpin UMNO-Barisan Nasional, Majlis Peguam akan mencari jalan untuk bersikap adil kononnya walaupun yang jelas ia berat sebelah. Inilah yang dikatakan sebagai ‘keadilan sepihak’. Apabila melibatkan kes mahkamah pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan, mereka ‘menyalak’. Apabila melibatkan pemimpin selain Pakatan Harapan, mereka menikus. Lebih teruk, mereka berkata itulah keadilan sedangkan jelas ia tidak adil.

Jadi bagaimana ingin menjadikan Majlis Peguam itu bersikap lebih adil? Caranya mudah iaitu badan itu perlu melalui transformsi daripada bersikap politik kepartian kepada politik kenegaraan. Ketika itu barulah mana-mana pemimpin-pemimpin tidak kira Pakatan Harapan ataupun UMNO-Barisan Nasional dan mana-mana kaum akan dibela sekiranya mahkamah terlihat tidak adil ataupun ada pihak yang menekan peguambela yang membela anak guamnya.

Tetapi cara ini tentu tidak mahu diamalkan oleh Majlis Peguam kerana ia sentiasa dikawal oleh Presiden yang berat sebelah, yang mengamalkan politik kepartian sejak sekian lama.

Ada satu cara lain yang lebih mudah iaitu dengan menjadi seperti Tun Mahathir. Beliau masuk menyertai Pakatan Harapan dan dosa-dosanya walaupun banyak tidak terhingga terus ‘disucikan’. Maka secara automatik terus menjadi baik dengan Majlis Peguam dan terlepas daripada kritikan mereka. Inilah ‘pakej’ jika menyertai Pakatan Harapan.

Justeru jika pemimpin-pemimpin UMNO-Barisan Nasional mahu selamat maka sertailah Pakatan Harapan seperti Tun Mahathir, Tan Sri Mahiaddin dan rakan-rakan Bersatu yang lain. Di mata Pakatan Harapan dan Majlis Peguam, kedua-duanya kini suci bersih seperti bayi dilahirkan. Walaupun realitinya mereka inilah yang merosakkan negara selama ini.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts