RANCANGAN PN MAHUKAN KHEMAH BESAR DITOLAK PENYOKONG-PENYOKONG PH

338
SHARES
2k
VIEWS

Lihat sahaja di mana berita yang disiarkan oleh media arus perdana yang menyiarkan mengenai hasrat Perikatan Nasional bersama Pakatan Harapan dalam “Khemah Besar”, pastu akan memperlihatkan penyokong-penyokong tegar Pakatan Harapan menolak mentah-mentah cadangan PN mahu bersama mereka.

Lihatlah di ruangan komen yang mengejek Perikatan Nasional dengan pelbagai gelaran seperti pengkhianat, katak, mabuk kuasa dan pelbagai lagi yang tidak sedap didengar termasuk carutan dihamburkan kepada pemimpin-pemimpin Perikatan Nasional. Walaupun pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan swndiri sedang menimbangkan cadangan tersebut secara diam-diam demi menumbangkan UMNO, namun tidak bagi penyokong-penyokong mereka yang terang-terangan menolaknya.

Sehingga ada yang membuat ugutan tidak akan keluar mengundi atau akan mengundi pihak lawan sekiranya Pakatan Harapan sanggup ‘menjilat’ kembali Bersatu yang amat dibenci mereka. Namun amat mengejutkan, cacian dan kata-kata nista juga ditujukan kepada PAS, di mana kelihatannya mood rakyat dalam kalangan pengundi-pengundi Pakatan Harapan sudah bersedia untuk ‘all out‘ menumbangkan PAS dan Perikatan Nasional di PRU-15 kelak. 

Dalam keadaan takut dan harap, iaitu mereka takut jika Pakatan Harapan mengkhianati mereka dengan kembali menerima Bersatu serta PAS, dalam masa yang sama penyokong-penyokong ini berharap akan menang walaupun dengan ketiadaan Perikatan Nasional, nampaknya Pakatan Harapan tidak boleh tersalah langkah.

Kelak pengundi-pengundi tegar sendiri tidak keluar mengundi sebagai protes kerana pemimpin-pemimpin kesayangan mereka tetap menerima Perikatan Nasional, selain mengelak malu diejek oleh penyokong-penyokong UMNO-Barisan Nasional sekiranya Khemah Besar dijayakan. Terutamanya PAS, mana mahu letak muka jika terpaksa mengikut Bersatu bersama DAP?

Silap hari bulan penyokong-penyokong muda PAS yang selama ini sebegitu anti DAP akan mengikut jejak langkah pengundi-pengundi Pakatan Harapan – sama ada tidak keluar mengundi atau memberikan undi mereka kepada satu-satunya parti yang konsisten menolak kerjasama dengan DAP-Pakatan Harapan iaitu UMNO-Barisan Nasional.

Ketika itu, semuapun akan gigit jari. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts