Kerajaan Keluarga Malaysia pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menambah dua pendakwaan baru ke atas bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam yang dipercayai mempunyai kaitan dengan dua siaran secara langsung beliau yang menjawab Perdana Menteri berhubung dua kenyataannya iaitu “Tiada Bukti BN Boleh Menang Jika PRU Diadakan Sekarang” dan “Adakan PRU tergesa-gesa umpama membunuh diri”
Pendakwaan tersebut dibuat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, di Mahkamah Jalan Duta pagi tadi.
Menurut Lokman, tindakan terdesak mendakwa ini dianggap sebagai satu kegagalan media pihak Perdana Menteri dalam mematahkan hujah balas beliau sehingga mereka terpaksa menggunakan institusi asas negara bagi menekannya.
“Saya menjangkakan mereka akan meminta saya dikenakan ikat jamin yang tinggi supaya saya tidak mampu bayar dan mereka boleh menyimpan saya buat seketika sementara mereka mengerjakan pemimpin UMNO lain yang tidak sehaluan dengan beliau.”
“Saya juga menyeru kepada sahabat-sahabat seperjuangan, teruskan istiqamah dalam mendesak Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional menarik sokongan terhadap regim zalim Ismail Sabri ini. Perbanyakkan lagi video Tik Tok dan tulisan-tulisan yang boleh meningkatkan kesedaran rakyat terhadap penyalahgunaan kuasa yang berleluasa kebelakangan ini.“
Akhir sekali Lokman menasihatkan rakan seperjuangannya dalam kalangan rakyat dan ahli-ahli UMNO agar jangan sesekali berputus asa dengan pelbagai rintangan yang dilalui dalam menegakkan keadilan di bumi Malaysia tercinta ini.
“Teruskan perjuangan dan jangan sesekali menyerah kalah.” – Lokman Adam
Hakikatnya, budak-budak di Pejabat Perdana Menteri yang baru merasa secangkir kuasa tidak sewajarnya menggunakan pendekatan ‘robust‘ kerana ini hanya akan memburukkan imej Perdana Menteri. Mungkin mereka lupa hayat Ismail Sabri selaku Perdana Menteri dijangkakan tidak lama, hanya tersisa beberapa bulan sahaja lagi.
Justeru, adalah lebih baik masa yang tersisa ini digunakan untuk mengangkat imej Perdana Menteri, apatah lagi rakyat jelas menolaknya apabila pengacara majlis Malam Kemerdekaan puas mengajak rakyat menyokong Perdana Menteri namun tidak diendahkan. Bukan sekali malah berkali-kali.
Jelas rakyat yang tengah berseronok menyambut malam kemerdekaanpun tidak mahu beliau meneruskan jawatan Perdana Menteri dan menghantar mesej yang jelas iaitu, “Goodbye Ismail Sabri.”