SURAT PEMBACA | Perkembangan Pakatan Harapan kebelakangan ini menggambarkan mereka sangat terdesak. Apa tidaknya, di saat mulut berkata tidak mahu PRU awal, tindakan mereka amat bertentangan. Ini gambarannya;
1. Melancarkan kempen gerak kerja PRU secara terbuka sedangkan parti-parti politik lain masih ‘malu-malu’ melancarkan jentera PRU masing-masing. Ini bukti klasik bahawa PH tidak pernah cakap serupa bikin. Konon tidak mau buat PRU masa banjir sedangkan masa banjir kebanyakan kelibat pemimpin mereka hilang entah ke mana. Khalid Samad Shah Alam dan Hasanudin Hulu Langat ada jawapannya!
2. Pakatan Harapan telah mula menabur sentimen kebencian yang mula ditabur seperti mereka lakukan pra PRU-14 lalu. Tommy Thomas telah melepaskan bom jangka “kerajaan didominasi Melayu yang gagal” dalam ucapannya baru-baru ini. Ini dilakukan bagi meniup sentimen kebencian antara kaum di dalam negara. Lebih dari itu, ia juga untuk menutup kepincangan beliau di era 22 bulan PH berkuasa.
3. Tommy menggunakan frasa “kerajaan didominasi Melayu”. Bukankah kerajaan Pakatan Harapan 22 bulan juga dahulu menggunakan frasa yang sama iaitu mereka juga konon “kerajaan Melayu” ketika itu. Tommy lidah bercabang ini mungkin terlupa atau buat-buat lupa. Maka tidak hairanlah dia merupakan Peguam Negara Malaysia yang pertama menari secara terbuka di atas pentas dalam keadaan “sangat menjiwai tariannya”.
4. Kesan dari semangat cintakan negara sempena bulan kemerdekaan membuat Pakatan Harapan seperti cacing kepanasan. Profesor ‘Kangkung’ Wong Chin Huat telah menyarankan Sabah dan Sarawak agar keluar dari Malaysia. Ini kononnya negara Malaysia hanya menghakis identiti Sabah dan Sarawak selain layanan tidak adil oleh kerajaan Persekutuan terhadap dua negeri tersebut.
5. Ini adalah idea paling jahat untuk memecah-belahkan perpaduan yang telah dibina selama 59 tahun apabila Persekutuan Malaysia ditubuhkan. Menyedari Sabah dan Sarawak adalah pendukung kuat perpaduan dan kerajaan Malaysia, mereka mula menyentuh isu-isu lama bagi membangkitkan kebencian kaum dan etnik dalam negara.
6. Perkara negatif yang dibawa Tommy, Wong Chin Huat dan sekutu-sekutu mereka ibarat “tahi yang sedang timbul”. Apabila mereka mahu tenggelam, maka akan dicapai apa saja yang boleh menyelamatkan mereka. Tongkol tahi lama yang busuk disangka kayu, lalu mereka paut dan genggam dengan harapan akan terselamat.
7. Kepada Pakatan Harapan, berpautlah dan genggamlah terus ilusi bahawa “tahi itu adalah kayu”. Namun rakyat tidak pernah lupa, selama 22 bulan pemerintahan PH, sudah terlalu banyak ‘tahi’ disajikan mereka kepada rakyat. Rakyat sedar dan celik menilai Pakatan Harapan yang penuh bergelumang dengan tahi.
Maka tepatlah kata bidalan, Pakatan Harapan itu umpama ayam jantan. Kuat kokoknya namun ekor bergelumang tahi….
Rakyat Marhaen
Ampang, Selangor