TAHNIAH PPIM, BERANI DEDAH ISU TEMPAT PEMULIHAN MENCURIGAKAN

159
SHARES
513
VIEWS

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang tampil membantu serta membela ahli keluarga yang membuat aduan ke atas sebuah pertubuhan yang menggunakan nama madrasah yang didakwa mendera, selain berfungsi sebagai sebuah tempat pemulihan tidak berdaftar. 

Tindakan berani PPIM dan para aktivisnya diharapkan dapat diteruskan walaupun berdepan dengan pelbagai tekanan, cemuhan serta tindakan saman. Banyak pihak kini membuka mata terhadap pelbagai tempat sebegini yang hanya memburukkan institusi madrasah yang mulia di negara ini.

Melalui pembongkaran tersebut, kini semakin ramai ahli-ahli keluarga yang terlibat mula berani tampil membuat pengakuan dan aduan ke pihak media, bercerita mengenai pengalaman masing-masing yang berdepan dengan pelbagai kesukaran di tempat tersebut, termasuklah penderaan. 

Apabila ada ibu bapa membuat aduan dan laporan kepada pihak berkuasa, maka satu siasatan menyeluruh dapat dilakukan tanpa melindungi mana-mana pihak. Jika terbukti benar dan menimbulkan masalah maka sebaliknya tempat pemulihan sebegini ditutup agar ia tidak lagi menjalankan aktiviti yang meragukan, selain dapat menjaga nama baik madrasah dan pusat pemulihan lain yang jauh lebih baik fungsinya. 

Selain itu, jika wujud keperluan, tiada salahnya pihak berkuasa dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) serta pihak berwajib lainnya seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dapat mewujudkan satu jawatankuasa bebas yang turut dianggotai oleh PPIM, ahli masyarakat dan juga badan profesional yang berkaitan, agar aduan dapat disalurkan sepenuhnya serta siasatan menyeluruh dapat dilakukan “without fear and favour“, tanpa campur tangan dan gangguan mana-mana pihak. 

Apapun, tahniah sekali lagi diucapkan kepada PPIM terutamanya Dato’ Nadzim Johan dan para aktivisnya yang berani, di atas kerja keras selama ini dalam membantu pelbagai mangsa dan keluarga yang tertindas. Semoga kebenaran terserlah akhirnya. 

Syabas PPIM!

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts