PAS AKHIRNYA ‘AKUI’ BERSATU-PH BAKAL KERJASAMA BENTUK KERAJAAN?

161
SHARES
518
VIEWS

Tindakan Tan Sri Mahiaddin Yassin mengeluarkan kenyataan media menyanggah usaha Setiausaha Agung PAS mewujudkan kerjasama selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dilihat janggal dan tidak dengan masanya. Dengan masa mengundi hanya berbaki tiga hari lagi, usaha Takiyuddin berbincang untuk bersama mewujudkan kerajaan bersama bagi mengelakkan DAP-Pakatan Harapan berkuasa sepatutnya mendapat pujian Mahiaddin, bukan sebaliknya.

Walaupun tindakan Takiyuddin yang mewakili PAS ini sepatutnya dilakukan lebih awal bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru yang merugikan kedua-dua pihak, namun setidak-tidaknya ada usaha mengekang kemaraan DAP-Pakatan Harapan yang hanya memerlukan masa selama 22 bulan untuk merosakkan negara.

Sama ada PAS baru sedar atau terdapat desakan akar umbi mereka yang juga tahu mengenai niat Bersatu untuk bekerjasama dengan DAP-Pakatan Harapan bagi membentuk kerajaan, apa yang pasti tindakan Takiyuddin dan PAS ini telah mengundang kemarahan Mahiaddin dan Bersatu.

Niat mereka menyertai kembali DAP-Pakatan Harapan kini bukan sahaja ditentang oleh PAS terutamanya akar umbi mereka yang bekerja keras membantu kempen Mahiaddin dan Bersatu tetapi kini jelas PAS sudah menghantar ‘signal‘ kepada Mahiaddin dan Bersatu untuk bekerjasama dengan UMNO-Barisan Nasional jika Bersatu kekal dengan rancangan asal bergabung dengan DAP-Pakatan Harapan.

Cuma akar umbi PAS agak khuatir dan takut jika pimpinan mereka mengeluarkan dalil bagi ‘menghalalkan’ kerjasama dengan DAP-Pakatan Harapan yang pasti membuatkan mereka terpaksa wala’ dan akhirnya dipandang hina serta dianggap pengkhianat kepada bangsa Melayu dan Islam di negara ini.

Apapun, semuanya kini di tangan PAS, pertembungan tiga penjuru pasti tidak boleh dielakkan lagi dan usaha Mahiaddin serta Bersatu pulang ke pangkuan DAP-Pakatan Harapan juga sudah dimuktamadkan kerana tidak mahu UMNO-Barisan Nasional kembali memerintah dan mereka pula diheret ke mahkamah. Tidak mungkin jika UMNO-Barisan Nasional kembali memerintah, DAP-Pakatan Harapan  sanggup berdepan pelbagai pertuduhan termasuk dalam isu kehilangan Pulau Batu Putih dan tuntutan ‘waris’ Sulu, isu buku Tommy Thomas, isu Tabung Haji serta pelbagai lagi.

Manakala Mahiaddin-Bersatu pula tentu takut isu RM600 bilion yang rakus ‘dijarah’ ketika darurat dibangkitkan terutamanya dalam isu pembelian vaksin yang meragukan, isu rasuah melibatkan anak menantu dan pelbagai pertuduhan termasuk salah laku seksual dan semburit pemimpin-pemimpinnya akan diteruskan.

Justeru, rakyat kini menunggu sama ada PAS akan bersama UMNO-Barisan Nasional membentuk kerajaan atau sanggup menghalalkan kerjasama dengan DAP-Pakatan Harapan serta Anwar Ibrahim-PKR. Terpulang kepada pemimpin-pemimpin PAS untuk menentukannya mana satu pilihan mereka, rakyat hanya mampu berdoa mereka akhirnya memilih kerajaan Melayu Islam memerintah berbanding DAP-Pakatan Harapan. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts