ANWAR, MAHIADDIN TERPAKSA ‘MELUTUT’ MAHUKAN SOKONGAN BN

395
SHARES
2.3k
VIEWS

Kudrat Allah SWT mengatasi segala perancangan makhluk-NYA. Ditakdirkan gabungan parti politik yang memperoleh jumlah kerusi terbesar pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 lepas, masih gagal membentuk kerajaan. Pakatan Harapan senasib dengan Perikatan Nasional yang dilihat terlalu angkuh apabila memperoleh hanya 73 kerusi, kini terpaksa meminta Ihsan sokongan daripada Barisan Nasional.

Walaupun gabungan yang pernah memerintah selama lebih 60 tahun itu dihina dan dicemuh sebagai perompak dan perasuah selama ini, tetapi takdir Allah SWT menetapkan bahawa Barisan Nasional menjadi gabungan yang paling didambakan ketika ini. Hilang sudah pekikan dan makian perompak serta perasuah, sebaliknya 30 kerusi Parlimen milik Barisan Nasional yang tidak seberapa itulah yang kini dikejar dan sangat diperlukan.

Itulah ketetapan yang dibuat oleh Allah SWT iaitu parti bongkak dan angkuh serta paling mewah seperti Perikatan Nasional kini terpaksa ‘melutut’, menagih simpati Barisan Nasional untuk membentuk kerajaan. Parlimen tergantung (hung Parliament) ini dilihat masih tidak berkesudahan selagi Barisan Nasional tidak membuat keputusan memilih mana satu gabungan yang akan memerintah kelak.

Walaupun pimpinan mereka telah membuat keputusan untuk kekal menjadi pembangkang seperti kehendak rakyat yang telah memilih pada PRU-15 lepas, tetapi titah Seri Paduka Yang Di-Pertuan Agong agar Barisan Nasional memilih mana satu gabungan yang bakal memerintah, membuatkan mereka terpaksa membuat pilihan di Parlimen kelak.

Semoga pemimpin-pemimpin Barisan Nasional bijak untuk tidak memilih gabungan yang angkuh dan suka membuli serta hanya mahu menguburkan UMNO, sebaliknya pilihlah gabungan yang boleh bersama memerintah dan memulihkan negara kelak. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts