DILEMA BN-UMNO

394
SHARES
2.3k
VIEWS

SURAT PEMBACA

1. PH + BN = Pertimbangan politik

Ia ‘straightforward‘. Pertimbangan untuk survival politik. Senang ‘deal‘, jika ada permintaan dan tawaran yang dibenarkan undang-undang.

Tidak perlu sembunyi dan telus. Apa yang dikehendaki boleh dibincang semasa penawaran. Peratus prejudis amat kurang kerana rundingan memerlukan ketelusan.

Akhirnya BN-UMNO akan ada dalam kerajaan, seperti parti GOLKAR di Indonesia. Mereka tetap ada dalam kerajaan biarpun tiada wakil GOLKAR selepas Soeharto yang menjadi Presiden Indonesia.

2. BN Pembangkang = Pertimbangan moral

Amat mudah melafazkan namun pelaksanaannya tidak semudah itu. Hakikatnya, tiada mana-mana parti masuk bertanding mahu menjadi pembangkang walaupun mulut berkata lain. Ini realiti!

Jika kekal sebagai pembangkang, BN-UMNO akan ditekan, terutama oleh musuh politik yang memang mahu melihat UMNO terkubur. Tidak mustahil akan ditekan oleh kedua-dua pihak.

Pilihan ini wajar jika PH dan PN berkompromi lalu menolak BN ke tepi dinding tanpa sebarang pilihan.

BN mungkin juga akan kekal sebagai pembangkang untuk jangka masa yang lama.

3. PN + BN = Pertimbangan Emosi

Ia abstrak. Dibuai nostalgia masa lalu yang penuh suka dan duka.

Rundingan (jika ada), tidak telus. Timbul kembali cerita SD serta tidak telus. Terlalu banyak prejudis dek luka yang belum sembuh. Dulu katak lompat, kini ‘game‘ “curi ayam” yang berlaku.

Penyatuan ummah? Ia memang dituntut, namun seperti yang dikatakan tadi, ia perlu telus.

Kesimpulan

Kata-mengata dalam politik adalah biasa. Politik adalah hakikat berpijak di bumi nyata untuk hari ini dan masa hadapan.

Usah terlalu dibuai nostalgia masa lalu. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan.

Kita perlu realistik. Tawaran ‘menang-menang’ lebih relevan dari tawaran ‘curi ayam’ yang penuh dengan hipokrasi.

Sementara menerima tawaran ‘menang-menang’, melangkahlah dengan penuh keinsafan menebus kembali kesilapan masa lalu ke arah yang lebih baik…

Pengundi awal

Kota Idaman

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts