• MENGENAI ED
  • HUBUNGI KAMI
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN
  • HANTAR ARTIKEL
Thursday, March 23, 2023
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
Editor Malaysia
No Result
View All Result

KENAPA MAHIADDIN TOLAK KERAJAAN PERPADUAN?

Alasan yang diberi kerana Perikatan Nasional konsisten tidak mahu bekerjasama dengan Pakatan Harapan

Zulaika Yusuf by Zulaika Yusuf
November 23, 2022
in Semasa, Utama
0
KENAPA MAHIADDIN TOLAK KERAJAAN PERPADUAN?
60
SHARES
665
VIEWS

Apabila Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menitahkan cadangan supaya Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) membentuk Kerajaan Perpaduan, Tan Sri Mahiaddin Yassin menolaknya mentah-mentah. 

Menurut Pengerusi Perikatan Nasional perkara itu beliau maklumkan kepada baginda bahawa gabungan parti itu tidak mahu bekerjasama dengan Pakatan Harapan kerana itu menjadi prinsip gabungan terbabit sejak dahulu.

Persoalannya berapa kalikah Mahiaddin mahu menipu? Jika jumlah kerusi gabungannya melebihi Pakatan Harapan dan beliau secara automatiknya bakal menjadi Perdana Menteri, adakah beliau akan menolaknya?

Jika alasan kononnya itu menjadi prinsip Perikatan Nasional sejak dahulu, bukankah sebelum PRU-15 beliau terhegeh-hegeh bertemu pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan untuk membentuk Khemah Besar? Apabila ditolak barulah beliau kembali bersama Perikatan Nasional dan ini bukan rahsia kerana telahpun diberitakan secara meluas di dada-dada akhbar utama negara.

Bahkan ini bukan kali pertama beliau menipu dan berdolak-dalik. Bukankah sebelum ini YDP Agong telah menitahkan agar Parlimen dibuka dengan kadar segera tetapi Mahiaddin dan kerajaannya memperlekeh titah tersebut? Sehingga PAS yang asyik bangga dengan wala’ ahli-ahlinya juga menyanggah baginda dan tidak wala’ dengan amir atau Ketua Negara.

Malah sehingga ke tahap mempermainkan titah baginda dan memberi alasan pihak Istana tidak meletakkan tarikh. Ini kerana Mahiaddin dan Perikatan Nasional amat takut Parlimen dibuka dan Ahli-ahli Parlimennya akan menyoal pelbagai tindakan salah mereka termasuk penggunaan RM600 bilion dana negara ketika darurat. 

Justeru, jika sekali lagi Mahiaddin diangkat menjadi Perdana Menteri, bukan sahaja isu RM600 bilion ini akan didiamkan begitu sahaja, tetapi rakyat juga akan melihat bagaimana Perikatan Nasional yang angkuh ini tidak akan mampu menyelesai masalah rakyat. Jika YDP Agong dan pihak Istanapun berani diperlekeh, inikan pula rakyat.

Silap haribulan, akan berlaku sekali lagi insiden ‘keciritan’ dan Mahiaddin terpaksa meletakkan jawatan. 

Tags: #kerajaancirit#PMciritMuhyiddinYDP Agong
Previous Post

DILEMA BN-UMNO

Next Post

ADAB BERUNDING DAN KISAH ANJING BEREBUT RUSA

Zulaika Yusuf

Zulaika Yusuf

Related Posts

MAHIADDIN ‘MENGAKU’ TERIMA RASUAH?

MAHIADDIN ‘MENGAKU’ TERIMA RASUAH?

March 9, 2023
DEMI BELA MAHIADDIN, TUAN IBRAHIM FITNAH SPRM?

DEMI BELA MAHIADDIN, TUAN IBRAHIM FITNAH SPRM?

March 9, 2023
SPRM SAHKAN MAHIADDIN DIDAKWA ESOK

SPRM SAHKAN MAHIADDIN DIDAKWA ESOK

March 9, 2023
MAHIADDIN BAKAL JADI KLUSTER MAHKAMAH?

MAHIADDIN BAKAL JADI KLUSTER MAHKAMAH?

March 8, 2023
AZMIN, MAHIADDIN TIDAK LAYAK PERTIKAI KENAPA PEMIMPIN BERSATU DIDAKWA

AZMIN, MAHIADDIN TIDAK LAYAK PERTIKAI KENAPA PEMIMPIN BERSATU DIDAKWA

March 2, 2023
MAHIADDIN TUDUH ZAHID DALANGI PENDAKWAAN PEMIMPIN BERSATU

MAHIADDIN TUDUH ZAHID DALANGI PENDAKWAAN PEMIMPIN BERSATU

February 21, 2023

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In