MAHATHIR TERDESAK MINTA CEP MEMBANTUNYA

346
SHARES
2k
VIEWS

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terpaksa mengaku kepada media bahawa beliau masih memerlukan khidmat Majlis Penasihat Kerajaan atau ‘Council of Eminem Person‘ (CEP) kerana mereka mempunyai banyak pengalaman untuk menyelesaikan pelbagai isu penting.

Perkara tersebut beliau tegaskan secara terbuka kepada pihak media seperti Bernama, New Straits Times Press (NSTP) dan Utusan Malaysia selepas merasmikan sesi ‘town hall‘ pertama parti berkenaan di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau dipetik berkata bahawa walaupun kerajaan mempunyai barisan Kabinet yang penuh tetapi ramai daripada Menterinya ​​​​​​adalah baharu dan tiada berpengalaman untuk menyelesaikan sesuatu isu.

Saya perlu mengakui Kabinet kami tiada pengalaman dan ramai yang baharu. Saya perlu bekerja dengan cepat dan saya perlukan seseorang yang berpengalaman untuk menyusun sesuatu tugas.”

Menteri baharu tidak berapa tahu mengenai tanggungjawab dalam setiap kementerian. Mereka masih tercari-cari jalan dan mereka tidak boleh melakukan banyak siasatan.”

Pengakuan ini hanya membuka pekung sedia ada dalam Pakatan Harapan yang sebenarnya belum bersedia melaksanakan tanggungjawab sebagai kerajaan bahkan mereka sendiri terkejut apabila menang pada PRU-14 yang lepas yang mengakibatkan janji-janji mereka kepada rakyat tidak mampu ditunaikan.

Maka tidak menghairankan apabila Tun Mahathir terpaksa mengekalkan CEP yang diketuai oleh bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, kerana beliau sendiri tidak mempercayai kemampuan menteri yang dilantik olehnya.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts