MAHATHIR TIDAK MEMPERCAYAI KEMAMPUAN MENTERINYA SENDIRI

365
SHARES
2.1k
VIEWS

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad secara terbuka mengakui kepada media bahawa walaupun kerajaan mempunyai barisan Kabinet penuh tetapi ramai daripada Menterinya ​​​​​​adalah baharu dan tiada berpengalaman untuk menyelesaikan sesuatu isu.

Tun Mahathir  berkata demikian kepada Bernama, New Straits Times Press (NSTP) dan Utusan Malaysia selepas merasmikan sesi ‘town hall‘ pertama parti berkenaan di Kuala Lumpur hari ini.

Pengakuan ini mengesahkan keresahan rakyat kenapa ramai dari kalangan menteri Pakatan Harapan yang bersikap masih seperti pembangkang dan kerap menuduh tanpa bukti selain sering tersilap dalam memberikan fakta-fakta penting.

Selain itu para menteri Tun Mahathir juga sering mengutamakan perkara yang remeh-temeh berbanding menyelesaikan masalah sebenar yang dihadapi oleh rakyat serta memberikan idea yang tidak masuk akal yang tidak sepatutnya dilakukan oleh mereka yang bertaraf menteri.

Perkara ini juga memberi gambaran bahawa Tun Mahathir tidak mempercayai kemampuan menteri yang dilantik olehnya dan menjadi satu cabaran buat beliau untuk menangani kerenah barisan kabinetnya yang cacamarba.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts