LANTIKAN PENASIHAT EKONOMI DAN PENGEKALAN CEP, BUKTI BETAPA LEMAHNYA KERAJAAN

364
SHARES
2.1k
VIEWS

Pelantikan Dr. Muhammed Abdul Khalid sebagai Penasihat Ekonomi kepada Perdana Menteri yang berkuatkuasa pada 27 Ogos hanya menimbulkan persoalan sejauh manakah lemahnya barisan kabinet yang beliau lantik sehingga masih memerlukan khidmat Dr. Muhammed dan Majlis Penasihat Kerajaan atau ‘Council of Eminem Person‘ (CEP) bagi membantunya mentadbir negara.

Walaupun perkara ini tidak seharusnya berlaku namun tidak mengejutkan apabila dilihat daripada beberapa insiden memalukan yang melibatkan menterinya sejak mula mereka dilantik yang menimbulkan keresahan di kalangan rakyat yang mula sangsi dengan kredibiliti dan kemampuan semua menteri Pakatan Harapan.

Terutamanya Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang kerap menuduh tanpa bukti dan semakin obses dengan kes 1MDB yang mengalihkan tumpuannya terhadap isu ekonomi dan kewangan yang sepatutnya beliau tumpukan kerana mereka sendiri mendakwa kononnya negara sedang tenat.

Apabila ditanya mengenai pelantikan Dr. Muhammed sebagai penasihat ekonominya, Tun Mahathir berkata beliau (Muhammed) tidak berada dalam Majlis Penasihat Kerajaan tetapi sebaliknya berperanan sebagai penasihat ekonomi kepada beliau.

“Saya memerlukan analisis berterusan mengenai apa yang berlaku dalam ekonomi negara,” katanya.

Sebagai rekod, Dr. Muhammed yang juga adik ipar kepada Tun Daim Zainuddin yang mengahwini kakak beliau Naimah Khalid, berpengalaman selama lebih 20 tahun di dalam sektor ekonomi dan kewangan.

Beliau ketika ini menjawat jawatan sebagai Ketua Sekretariat Majlis Penasihat Kerajaan yang dipengerusikan oleh Tun Daim dan masih menjawat jawatan sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Ekonomi di DM Analytics Malaysia, yang diasaskan oleh beliau.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts