ISU MONOPOLI BERAS DAN RM400 JUTA SHAHIDAN, ISU DANA JUDI SERTA SKANDAL RM600 BILION KETIKA DARURAT

218
SHARES
704
VIEWS

Perdana Menteri ke-10 Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang baru sahaja mengangkat sumpah pada 24 November dan melantik anggota kabinetnya pada 2 Disember lepas, kini telah mempengerusikan mesyuarat kabinet pertamanya semalam, tanpa kehadiran Tengku Zafrul selaku Menteri Ekonomi yang berada di Qatar.

Kemudian dalam kenyataan medianya beliau dengan jelas memberitahu mengenai isu pendakwaan terpilih yang berlaku sebelum ini, wujud pengakuan pegawai-pegawai Kementerian Kewangan mengenai salah laku serius dalam isu perbelanjaan RM600 bilion ketika darurat, isu monopoli beras oleh Tan Sri Syed Mokhtar dan RM400 juta yang diperolehi oleh Shahidan Kassim serta membayangkan mengenai dana Perikatan Nasional yang dipercayai daripada sindiket judi.

Semuanya yang dijelaskan oleh Perdana Menteri baharu ini amat mengejutkan. Amat mengejutkan kerana masyarakat baru tahu mengenai kekayaan Shahidan yang diperolehi daripada penjualan syarikat berasnya oleh Syed Mokhtar yang daripada dahulu dikenali sebagai kroni Tun Mahathir.

Shahidan juga merupakan ‘warlord‘ warisan UMNO daripada Mahathir dan penyokong kuat Tan Sri Mahiaddin Yassin serta Perikatan Nasional (PN). Malah beliau sebelum inipun menangpun atas tiket PAS-PN. Tentu seluruh rakyat Perlispun terkejut dengan kekayaan Shahidan dan inilah yang perlu dijelaskan. Malahan ada netizen berseloroh berkata, “Silap haribulan beliau lebih kaya daripada Raja Perlis“.

Selain itu, perkara mengejutkan lainnya ialah apabila Anwar membayangkan bahawa dana Perikatan Nasional ketika Pilihan Raya Umum ke-15 lepas melibatkan syarikat perjudian, yang didedahkannya ketika kerajaan mengumumkan pengurangan jumlah cabutan judi kepada hanya 8 cabutan berbanding 22 cabutan setahun sebelum ini. Pendedahan ini memberi kejutan kepada semua termasuklah penyokong-penyokong Perikatan Nasional terutamanya PAS sendiri.

Tentu PAS yang berdegar-degar kononnya memperjuangkan Islam, demi ummah dan pelbagai retorik lain, kini terkejut mengetahui jika benar dana mereka perolehi daripada Perikatan Nasional adalah bersumberkan judi. PAS boleh membuat laporan polis dan menyaman Perdana Menteri dan ini tentu memudahkan siasatan dilakukan. 

Perkara mengejutkan seterusnya ialah mengenai pengakuan pegawai-pegawai Kementerian Kewangan mengenai “ketirisan dan salah laku yang serius dalam perbelanjaan RM600 bilion ketika darurat” yang turut didedahkan oleh Perdana Menteri dalam sidang medianya. Beliau turut menyentuh mengenai pendakwaan terpilih dan bagaimana tekadnya akan membanteras monopoli dan kronisme yang berlaku sejak sekian lama di negara ini. 

Malah sebelum itupun Anwar pernah bertekad akan menyiasat habis-habisan wang melebihi RM200 bilion yang diberikan oleh kerajaan Jepun sebagai pampasan kepada buruh paksa, yang telah diserahkan kepada kerajaan Malaysia tetapi wangnya masih menjadi misteri sehingga ke hari ini. 

Diharapkan semua perkara ini akan didedahkan kepada seluruh rakyat Malaysia termasuklah juga isu kebocoran serius rahsia negara oleh pegawai-pegawai agensi perisikan yang berlaku sejak 2018 dapat disiasat sepenuhnya. Segala maklumat, pengakuan tertentu termasuk rakaman video dan audio serta transkrip percakapan secara verbatim juga telah berada dalam pengetahuan Perdana Menteri untuk disiasat sepenuhnya.

Ini termasuklah ‘kehilangan’ USD2 juta ketika wang agensi perisikan dirampas dan dibawa ke SPRM serta minit mesyuarat dan pengakuan individu berpengaruh membayar blogger luar negara untuk menjatuhkan pemimpin-pemimpin tertentu bagi menaikkan individu lain sebagai Perdana Menteri kesepuluh. 

Atas risiko kerahsiaan dan maklumat risikan individu yang terlibat, setidak-tidaknya isu ini disiasat secara dalaman dan tindakan sewajarnya diambil termasuk membuang pegawai-pegawai yang sehingga kini masih bertugas dan sentiasa mencari jalan menjatuhkan kerajaan yang tidak disukainya. Kesalahan jenayah yang mereka lakukan termasuk memecah peti besi dan membuat laporan palsu kepada pihak polis juga wajar dikenakan tindakan undang-undang bagi membetulkan keadaan.

Jika perlu, Perdana Menteri boleh menstruktur kembali agensi tersebut agar fungsi asalnya dapat dikembalikan dan bukannya membuka ruang ‘berkhidmat’ kepada pihak lain yang kini didakwa terlibat dengan dana syarikat perjudian.

Akhir sekali, semoga Kerajaan Perpaduan yang diterajui oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim ini mampu memulihkan kembali apa jua yang telah dirosakkan oleh kerajaan Pakatan Harapan yang dipimpin oleh Tun Mahathir selama 22 bulan sebelum ini – yang juga tidak dipulihkan atau di-undo oleh kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Mahiaddin Yassin serta kerajaan Keluarga Malaysia pimpinan Dato Seri Ismail Sabri Yaakob.

Semoga Allah Taala memudahkan apa jua urusan Kerajaan Perpaduan Yang DiPertuan Agong serta memudahkan usaha Perdana Menteri serta jemaah kabinetnya untuk mengembalikan negara ke landasan yang sepatutnya. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts