KERAJAAN WAJAR SIASAT INSIDEN LATHEEFA KOYA BOCORKAN PERBUALAN NAJIB-PRESIDEN UAE

210
SHARES
677
VIEWS

Alhamdulillah, kerajaan Malaysia akhirnya berjaya menjalin kembali hubungan dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE), apabila Petronas dan negara tersebut berjaya memeterai perjanjian dengan bantuan dan kehadiran Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, ditemani oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa Tengku Zafrul. 

Sungguhpun begitu, Kerajaan Perpaduan pimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang bertekad untuk mentadbir negara dengan lebih baik, selain menjalin semula hubungan dengan negara luar agar pelaburan dapat dipulihkan kembali, diminta memperbetulkan banyak perkara yang melibatkan hubungan bilateral antara negara yang banyak terjejas sebelum ini.

Antaranya, negara masih belum lupa mengenai insiden memalukan yang melibatkan perbualan telefon antara bekas Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak dan Sheikh Mohammed Zayed Al Nahyan yang ketika itu merupakan Putera Mahkota UAE, yang dibocorkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya. Rujuk artikel “Demi malukan Najib, hubungan diplomatik tergadai” di pautan; https://editormalaysia.com/12664/

Setakat ini masih tiada permohonan maaf secara terbuka daripada mana-mana Perdana Menteri sejak 2018 sama ada Tun Mahathir, Tan Sri Mahiaddin Yassin dan Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, ketika masing-masing berpeluang berbuat demikian kepada Sheikh Mohammed yang ketika itu masih Putera Mahkota. Mungkin Anwar boleh menjadi Perdana Menteri pertama untuk bertemu baginda dan memohon maaf atas ‘kecuaian’ serta ‘kealpaan’ beberapa Perdana Menteri sebelumnya – yang dikaburi oleh dendam politik melampau terutamanya Tun Mahathir. 

Negara juga masih belum lupa bagaimana Sheikh Mohammed ketika di zaman Perikatan Nasional setelah Mahiaddin bertemunya, beliau menyatakan hasrat akan melabur di Malaysia dengan mengumpamakan “sky is the limit“, yang membawa maksud pelaburan tanpa had, namun kemudiannya UAE melabur ke Indonesia dengan nilai ratusan bilion ringgit.

Jelas ketika itu hubungan Malaysia dengan UAE masih belum dipulihkan kerana tiada siapapun menasihati Perdana Menteri untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pemerintah UAE terutamanya kepada Sheikh Mohammed yang kini menjawat jawatan Presiden UAE sehari selepas kemangkatan ayahandanya pada Mei lepas. Sedangkan hubungan baik antara Malaysia-UAE sebelum itu sangat baik dan pelbagai bantuan disalurkan. 

Malah, kehadiran Tan Sri Haji Hadi sebagai Duta Khas Timur Tengah bertaraf menteri juga gagal memulihkan hubungan ini kerana bukan sahaja tidak memahami apa isu yang berlaku sebelumnya, tetapi beliau sendiri berdepan dengan masalah tidak mempunyai pengaruh dan kemahiran untuk membawa pulang pelaburan.

Bukan itu sahaja, UAE yang banyak membantu negara selama ini juga seolah-olah dijadikan sasaran apabila bantuannya ke negara ini melalui Jabatan Perdana Menteri disalah-ertikan, dana dirampas dan dijadikan modal politik Tun Mahathir dan Pakatan Harapan. Sedangkan bantuan beliau adalah bagi mengatasi ancaman keganasan rentas sempadan, yang jauh melangkaui masalah dan dendam politik yang membarah di negara ini.

Perdana Menteri juga boleh merujuk jenis bantuan ini kepada bekas Ketua Pengarah agensi di JPM yang terlibat secara langsung dengan bantuan UAE ini, atau bertanyakan Peguam Negara, Ketua Pengarah SPRM serta kepada Ketua Pengarah agensi yang akan bersara wajib tahun ini – kerana masing-masing tahu mengetahui hal ini secara khusus. 

Justeru, walaupun hubungan Malaysia-UAE sudah boleh dikatakan kembali pulih, Malaysia tetap perlu bertanggungjawab dan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Sheikh Mohammed dan UAE atau setidak-tidaknya menyiasat segera insiden membocorkan rakaman yang telah dilakukan oleh Latheefa Koya sebelum ini. Kebencian, perbezaan pandangan dan dendam politik tidak menjustifikasikan tindakan beliau yang salah itu sebagai betul, apatah lagi kini Sheikh Mohammed telahpun ditabal sebagai Presiden UAE.

Semoga siasatan ke atas Latheefa Koya ini akan memberi mesej jelas kepada mana-mana penjawat awam agar jangan membuat tindakan bodoh di luar logik akal – sekaligus menjejaskan hubungan baik antara negara yang sudah sekian lama terjalin. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts