• MENGENAI ED
  • HUBUNGI KAMI
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN
  • HANTAR ARTIKEL
Friday, January 27, 2023
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
Editor Malaysia
No Result
View All Result

APA NASIB PEGAWAI-PEGAWAI KONTRAK LHDN?

CEO LHDN digesa segera beri penjelasan kepada Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan mengenai pemberhentian tersebut

Zulaika Yusuf by Zulaika Yusuf
December 28, 2022
in Laporan, Utama
0
APA NASIB PEGAWAI-PEGAWAI KONTRAK LHDN?
68
SHARES
750
VIEWS

Hanya tinggal dua hari sahaja lagi namun nasib pegawai-pegawai kontrak bergaji bulanan dan harian di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang sudah bertahun-tahun berkhidmat di sana masih belum mendapat pembelaan. Malah, Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Datuk Mohd Nizom Sairi juga dilihat hanya berdiam diri dan tidak membuat sebarang penjelasan walaupun pihak Kementerian Kewangan termasuk Perdana Menteri sudahpun dimaklumkan.

Sebelum ini juga bekas Pengerusi PKR Terengganu yang juga Ketua Cabang PKR Azan Ismail turut membuat kenyataan mengenai isu ini dengan mengatakan ada pegawai yang lebih sepuluh tahun bekerja turut akan dihentikan, walaupun membuat tugasan harian sama seperti pegawai-pegawai tetap yang lain. Beliau turut menyebut sejumlah 967 pegawai kontrak yang akan dihentikan turut merayu Perdana Menteri agar campur tangan meneliti masalah mereka. Rujuk pautan; https://m.malaysiakini.com/news/649363

Selain itu timbul juga persoalan adakah isu pegawai-pegawai kontrak yang akan ditamatkan kontraknya dua hari lagi ini tidak diberi perhatian langsung oleh pihak kerajaan? Walaupun mereka hanya berstatus kontrak tetapi bukankah jalan penyerapan ke LHDN itu jauh lebih baik berbanding dihentikan beramai-ramai? Jika pegawai tertinggi LHDN sendiri boleh disambung kontraknya maka kenapakah pegawai-pegawai kontrak ini tidak boleh diberi peluang yang sama atau lebih baik diserap sebahagiannya?

Tidak mungkin tiada langsung yang layak diserap berbanding membuat pengambilan baharu sepenuhnya, seperti yang sedang berlaku sejak Jun 2022. Inilah antara isu yang perlu diberi perhatian oleh pihak kerajaan terutamanya Kementerian Kewangan, selain terdapat dakwaan bahawa lantikan baharu yang dibuat sebelum ini turut melibatkan ahli keluarga dan rakan-rakan individu tertentu di LHDN. Ini menimbulkan pertanyaan lain iaitu adakah kerana lantikan baharu ini menyebabkan pegawai-pegawai kontrak ini ‘gagal’ diserap sebahagian nya?

Apapun puncanya, LHDN perlu mengambil pendekatan lebih bijak bagi menyelesaikan masalah ini kerana jelas wujud keperluan untuk mengekalkan pegawai-pegawai ini yang menyokong operasi harian di LHDN. Ini termasuklah pengauditan, kutipan cukai dan penguatkuasaan undang-undang di seluruh negara. Seperti kata Azan, mereka ini sebenarnya menjalankan tugasan sebagai kakitangan tetap, tetapi malangnya masih dikekalkan secara kontrak.

Justeru diharapkan akan ada sinar buat pegawai-pegawai kontrak ini dan bukannya berdepan dengan pengangguran sebaik sahaja masuk tahun baharu yang hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Jika pemberhentian ini tetap diteruskan, perkara ini pasti akan memberi kesan dan imej buruk kepada kerajaan. Sekaligus memberi mesej yang salah kepada rakyat dan menghilangkan keyakinan mereka kepada kerajaan yang baharu dibentuk ini. Jelas pemberhentian ini tidak sesuai dengan masanya dan perlu ditangguhkan setidak-tidaknya sehingga ke hujung tahun 2024.

Dalam masa yang sama, Kementerian Kewangan wajar mengeluarkan arahan agar penstrukturan semula dilakukan dengan mewajibkan sekitar 60-70 peratus pegawai-pegawai kontrak ini diserap masuk ke LHDN dan bakinya disokong oleh lantikan baharu yang telahpun dilakukan sejak pertengahan tahun ini. Mana-mana ‘lambakan’ dalam pengambilan baharu ini juga wajar disiasat oleh pihak kerajaan kerana dilihat mencurigakan, selain menidakkan hak pegawai-pegawai kontrak yang berpotensi untuk diserapkan. 

Mohd Nizom juga diminta bertanggungjawab dan digesa segera bertemu dan memberi penjelasan kepada YAB Perdana Menteri serta Kementerian Kewangan, agar nasib pegawai-pegawai kontrak ini terbela dan bukannya diberhentikan begitu sahaja. CEO LHDN berpeluang untuk menyelesaikan masalah yang tidak sepatutnya berlaku di LHDN ini dan membuat keputusan yang lebih bijak serta menguntungkan semua pihak. 

Apapun, terpulang kepada pihak kerajaan untuk membuat sebarang keputusan dan LHDN hanya perlu mematuhinya. Cuma diharapkan semoga rasa ‘ihsan’ dan belas kasihan terhadap hampir seribu pekerja bawahan yang akan kehilangan pekerjaan dalam beberapa hari lagi ini akan menjadi pertimbangan utama kerajaan dalam membuat keputusan tersebut. 

Tags: AnwarLHDNMohd Nizom SairiPegawai kontrak
Previous Post

TUN MAHATHIR MEROYAN, TIDAK DAPAT TERIMA HAKIKAT ANWAR KINI PERDANA MENTERI

Next Post

KENYATAAN MEDIA MTUC MENGENAI PEMBERHENTIAN PEGAWAI KONTRAK LHDN

Zulaika Yusuf

Zulaika Yusuf

Related Posts

PERDANA MENTERI DIGESA SEGERA ‘BERSIHKAN’ MEIO

PERDANA MENTERI DIGESA SEGERA ‘BERSIHKAN’ MEIO

December 31, 2022
APA KATA PERDANA MENTERI DALAM ISU PEMBERHENTIAN PEGAWAI KONTRAK LHDN?

APA KATA PERDANA MENTERI DALAM ISU PEMBERHENTIAN PEGAWAI KONTRAK LHDN?

December 30, 2022
ISU PEMBERHENTIAN PEGAWAI KONTRAK LHDN, MTUC AKAN JUMPA PERDANA MENTERI

ISU PEMBERHENTIAN PEGAWAI KONTRAK LHDN, MTUC AKAN JUMPA PERDANA MENTERI

December 29, 2022
PENJELASAN LHDN MENGENAI ISU PENAMATAN PEGAWAI KONTRAK

PENJELASAN LHDN MENGENAI ISU PENAMATAN PEGAWAI KONTRAK

December 29, 2022
KENYATAAN MEDIA MTUC MENGENAI PEMBERHENTIAN PEGAWAI KONTRAK LHDN

KENYATAAN MEDIA MTUC MENGENAI PEMBERHENTIAN PEGAWAI KONTRAK LHDN

December 29, 2022
TUN MAHATHIR MEROYAN, TIDAK DAPAT TERIMA HAKIKAT ANWAR KINI PERDANA MENTERI

TUN MAHATHIR MEROYAN, TIDAK DAPAT TERIMA HAKIKAT ANWAR KINI PERDANA MENTERI

December 26, 2022

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In