• MENGENAI ED
  • HUBUNGI KAMI
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN
  • HANTAR ARTIKEL
Friday, January 27, 2023
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
Editor Malaysia
No Result
View All Result

PENJELASAN LHDN MENGENAI ISU PENAMATAN PEGAWAI KONTRAK

Kamarool Haidi by Kamarool Haidi
December 29, 2022
in Laporan, Utama
0
PENJELASAN LHDN MENGENAI ISU PENAMATAN PEGAWAI KONTRAK
32
SHARES
352
VIEWS

Cyberjaya, 29 Disember 2022 – Isu penamatan pekerja sering dan akan terjadi berikutan pelaksanaan penstrukturan semula sesebuah syarikat mahupun organisasi bertujuan bagi menambah baik mutu perkhidmatannya.

Sehubungan dengan itu, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) ingin menarik perhatian masyarakat berkenaan isu penamatan pegawai kontrak di agensi ini yang tular di beberapa saluran media sejak kebelakangan ini.

Secara dasarnya, HASiL menggajikan pegawai-pegawai kontrak ini bagi tujuan pelaksanaan tugasan atau fungsi yang perlu diselesaikan dalam suatu tempoh yang spesifik, iaitu berasaskan projek atau project based. Selaras dengan perkembangan dan pembangunan prasarana teknologi maklumat di HASiL, proses kerja di agensi ini telah melalui pelbagai fasa digitalisasi yang pesat, sekaligus merubah tatacara kerja di HASiL. Transformasi pendigitalan ini membolehkan kebanyakan tugasan dan fungsi kerja di HASiL diautomasikan seterusnya meningkatkan kos kecekapan dalam mentadbir sistem percukaian negara.

Selari dengan usaha digitalisasi ini, HASiL telah memperkemaskan struktur organisasinya yang mana turut melibatkan penstrukturan sumber manusia. Pelaksanaan ini turut melibatkan isu mengkaji semula keperluan untuk menggaji pegawai kontrak bulanan dan harian di HASiL. Proses automasi yang dilaksanakan oleh HASiL membolehkan tugasan yang selama ini dilaksanakan oleh pegawai kontrak dapat diagihkan kepada pegawai tetap sedia ada dan dapat dimanfaatkan secara optimum.

Sehubungan dengan itu, keputusan untuk tidak meneruskan amalan menggaji pegawai kontrak bulanan dan harian telah dibuat pada tahun 2018 dan diputuskan untuk dilaksanakan secara sepenuhnya bermula pada 1 Januari 2023. Penamatan ini akan melibatkan seramai 42 orang pegawai kontrak bulanan dan 998 orang pegawai kontrak harian.

Namun demikian, pemakluman berkenaan keputusan untuk tidak mengambil pegawai kontrak ini telahpun dijelaskan seawal permulaan tahun 2022 kepada para pegawai yang terlibat bertujuan memberi ruang dan masa kepada pegawai yang terkesan untuk mengatur perjalanan kerjaya mereka selain mencari peluang pekerjaan di pasaran terbuka.

Sungguhpun begitu, HASiL amat cakna dan prihatin akan situasi yang dialami oleh pegawai kontrak yang telah menabur bakti di agensi ini. HASiL telah mengambil inisiatif membantu pegawai yang terkesan untuk mendapatkan pekerjaan melalui penganjuran program bersama dengan syarikat-syarikat ejen cukai untuk memperkenalkan para pegawai kontrak ini dan membuat pengesyoran bagi tujuan pengambilan kepada pihak tersebut.

Selain itu juga, HASiL terlibat dalam penganjuran program MYFutureJobs yang dilaksanakan oleh PERKESO kepada pegawai kontrak yang sedang berkhidmat di HASiL. Program ini adalah salah satu kaedah pencarian kerja dalam kalangan pegawai kontrak yang bakal menamatkan perkhidmatan dengan HASiL pada 31 Disember 2022. Pihak PERKESO telah hadir memberikan penerangan lanjut berhubung program ini dan seterusnya membantu pegawai untuk mendaftar dalam sistem pencarian kerja tersebut. Hasilnya, dalam tahun 2022, seramai 59 orang pegawai kontrak telah berjaya mendapat pekerjaan lain dan telah menamatkan kontrak mereka dengan HASiL. 

Menyentuh aspek pengurusan kerjaya HASiL secara dalaman pula, penawaran lantikan ke jawatan tetap ke peringkat lebih tinggi iaitu ke peringkat eksekutif turut diberikan kepada pegawai-pegawai kontrak berdasarkan merit kelayakan dan kesesuaian jawatan. Walau bagaimanapun, lantikan ke jawatan tetap secara menyeluruh kepada semua pegawai kontrak tidak dapat dilaksanakan bagi memastikan keseimbangan peluang antara calon kategori lain yang berkelayakan seperti calon dalam kalangan pegawai tetap sedia ada dan calon daripada luar HASiL. Untuk rekod, seramai 653 orang pegawai kontrak telahpun dilantik ke jawatan tetap bagi tempoh mulai tahun 2017 hingga 2022.

Justeru, tindakan HASiL untuk tidak meneruskan perkhidmatan pegawai kontrak ini tidak didorong oleh kepentingan peribadi mana-mana pihak tetapi bertunjangkan kepada hasrat meningkatkan kecekapan operasi agensi ini selain memastikan sumber kewangan negara digunakan secara optimum bagi mengelakkan sebarang pembaziran.

HASiL juga ingin menyatakan bahawa hasil kutipan cukai langsung negara yang di tadbir oleh HASiL tidak boleh digunakan semata-mata bagi tujuan penyambungan kontrak para pegawai ini seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak. Sekiranya cadangan ini diambil kira serta dilaksanakan ia bakal mengundang perspektif negatif pihak-pihak lain. Sebaliknya hasil kutipan langsung cukai negara perlu diagihkan sama rata demi kemakmuran serta kesejahteraan negara.

Adalah diharapkan penjelasan ini dapat memperbetulkan kekeliruan dan salah tafsir semua pihak mengenai tindakan HASiL berkenaan isu penamatan pegawai kontrak ini. Selain itu juga, HASiL amat terbuka untuk menerima sebarang kritikan dan juga cadangan membina daripada masyarakat demi memastikan perkhidmatan percukaian yang diberikan adalah profesional seterusnya dapat meningkatkan kadar pematuhan cukai di Malaysia.

Tags: LHDNMyFutureJobsPegawai kontrak
Previous Post

KENYATAAN MEDIA MTUC MENGENAI PEMBERHENTIAN PEGAWAI KONTRAK LHDN

Next Post

ISU PEMBERHENTIAN PEGAWAI KONTRAK LHDN, MTUC AKAN JUMPA PERDANA MENTERI

Kamarool Haidi

Kamarool Haidi

Related Posts

APA KATA PERDANA MENTERI DALAM ISU PEMBERHENTIAN PEGAWAI KONTRAK LHDN?

APA KATA PERDANA MENTERI DALAM ISU PEMBERHENTIAN PEGAWAI KONTRAK LHDN?

December 30, 2022
ISU PEMBERHENTIAN PEGAWAI KONTRAK LHDN, MTUC AKAN JUMPA PERDANA MENTERI

ISU PEMBERHENTIAN PEGAWAI KONTRAK LHDN, MTUC AKAN JUMPA PERDANA MENTERI

December 29, 2022
KENYATAAN MEDIA MTUC MENGENAI PEMBERHENTIAN PEGAWAI KONTRAK LHDN

KENYATAAN MEDIA MTUC MENGENAI PEMBERHENTIAN PEGAWAI KONTRAK LHDN

December 29, 2022
APA NASIB PEGAWAI-PEGAWAI KONTRAK LHDN?

APA NASIB PEGAWAI-PEGAWAI KONTRAK LHDN?

December 28, 2022
KERAJAAN DIGESA KAJI SEMULA PEMBERHENTIAN PEGAWAI KONTRAK LHDN

KERAJAAN DIGESA KAJI SEMULA PEMBERHENTIAN PEGAWAI KONTRAK LHDN

December 16, 2022
KONSPIRASI ZETI DAN JHO LOW SEJAK SEKIAN LAMA UNTUK KENAKAN NAJIB?

KONSPIRASI ZETI DAN JHO LOW SEJAK SEKIAN LAMA UNTUK KENAKAN NAJIB?

December 6, 2021

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In