ISU PEMBERHENTIAN PEGAWAI KONTRAK LHDN, MTUC AKAN JUMPA PERDANA MENTERI

377
SHARES
2.2k
VIEWS

Dalam satu kenyataan media yang disiarkan hari ini, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang terkejut dengan penamatan pegawai-pegawai kontrak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) akan memohon untuk bertemu dengan YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk mendapat nasihat dan pandangan beliau isu tersebut. Rujuk pautan; https://editormalaysia.com/27338/

Dalam kenyataan tersebut, Setiausaha Agung MTUC Kamarul Baharin Bin Mansor berkata, “Sebagai Pusat Buruh Kebangsaan yang membela nasib pekerja di Malaysia, MTUC akan bersama dengan 958 pekerja untuk hadir di Kementerian Kewangan untuk merayu kepada YAB Perdana Menteri agar pemberhentian ditarik balik.

MTUC berkeyakinan dengan campur tangan YAB Perdana Menteri untuk mendengar rintihan dan keluh kesah pekerja akan memberikan sinar pada tahun 2023 nanti.

Kamarul juga menyifatkan berita mengenai pembuangan pegawai-pegawai lantikan kontrak ini sebagai tragedi kepada pekerja di Malaysia kerana pemberhentian tersebut dilakukan oleh majikan yang berkhidmat di bawah kerajaan. Beliau juga bertanya kepada pengurusan LHDN sama ada mereka telah mendapatkan nasihat daripada YAB Perdana Menteri atas keputusan ini kerana MTUC yakin bahawa YAB Perdana Menteri tidak akan bersetuju dengan pembuangan itu.

Dalam masa yang sama, Kamarul turut menggesa pihak kerajaan menyemak kembali gaji pengurusan tertinggi semua agensi badan berkanun, GLC dan GLIC yang menurut mereka ada pengurusan tertinggi memperolehi gaji antara RM80 hingga RM100 ribu sebulan.

Sebagai rekod, pihak LHDN juga telah mengeluarkan kenyataan media mereka lewat petang tadi bagi menjelaskan isu yang tular sebelum ini. Kenyataan tersebut boleh dibaca melalui pautan di bawah;

https://editormalaysia.com/27346/

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts