KHAIRY MAKIN ‘KEMARUK’ MAHU JADI PERDANA MENTERI

87
SHARES
280
VIEWS

Setelah dipecat, Khairy Jamaluddin, Tan Sri Noh Omar dan Hishammuddin Tun Hussein Onn yang digantung enam tahun dilihat tidak boleh ‘move on‘ dan mengeluarkan kenyataan kononnya ia tidak adil, berulang kali. Mereka yang dilabel sebagai pengkhianat UMNO kerana kerap bertindak membelakangkan parti sendiri serta seolah-olah sengaja mahu UMNO kalah di Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, termasuk kenyataan memburuk-burukkan parti, UMNO sudah sesat, serta membantu parti lain dan tidak malu menjadi ‘broker’, namun mereka ini masih lagi belum serik.

Noh Omar yang angkuh mahu terus dipecat walaupun pada asalnya hanya digantung bersama Hishammuddin, bertindak mempertikai pula tindakan UMNO memecatnya, seolah-olah tidak mampu menerima pemecatan yang dimintanya sendiri. Hishammuddin pula berlagak menjadi mangsa kononnya orang lain itu jahat dan beliau pula amat baik. Sedangkan kesalahannya amat berat apabila khianat menjadi broker kepada musuh politik UMNO sendiri. Umpamanya jika sedang berperang, Hishamuddin berpakat di belakang dengan pemimpin musuh untuk membawa sebahagian pemimpin lain menyertai tentera musuh. Bukankah ini jelas tindakan pengkhianat?

Khairy pula tidak habis-habis mahu berlagak pandai, sedangkan jika pandai sekalipun beliau tidak boleh bersikap ujub, iaitu berbangga diri kononnya beliau hebat dan lebih baik daripada orang lain. Allah uji beliau dengan akal dan kepetahan berkata-kata tetapi digunakan untuk menghina dan merendah-rendahkan orang lain. Ini sifat yang amat dicela dalam agama. Jika dilakukan terang-terangan, ia sikap angkuh dan bongkak, jika dalam diam, sifat ujub ini jauh merosakkan.

Oleh kerana itulah Khairy merasakan beliau sahajalah paling layak menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Sedangkan beliau sepatutnya bersabar, belajar menghormati orang lain sepertimana kedua ibu bapanya mengajar beliau semasa kecil. Jika beliau merasakan dirinya layak menjadi ketua, dalam Islam orang seperti inilah yang paling tidak layak dan Rasulullah SAW akan melantik orang lain yang tidak meminta-minta. Orang yang paling layak menjadi ketua ialah mereka yang tidak mahukan jawatan ketua.

Jelas Khairy tidak layak bahkan mohon dijauhkan pemimpin sebegini daripada menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana dengan kepetahannya berkata-kata beliau akan sentiasa mencari jalan untuk mengatakan apa sahaja yang dibuatnya sebagai yang terbaik. Hakikatnya jika sebagai Ketua Pemudapun gagal membawa anak muda kepada partinya sendiri, bagaimana mungkin beliau mampu mengemudi lebih 33 juta rakyat Malaysia? 

Justeru sudah-sudahlah Khairy, terima sahajalah jawatan menjadi penyampai radio itu kerana anda hanya pandai bercakap dan mengkritik orang lain bukannya menyelesaikan masalah. Jika pendengar menyampah apa yang anda sampaikan kelak, mereka hanya perlu menukar siaran lain atau hanya melayan lagu-lagu – daripada mendengar ‘sembang besar’ Khairy yang entah sampai bila tidak akan habis. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts