KENAPA PUTIN DAN RUSIA DIBENCI, MAHU DIHAPUSKAN?

478
SHARES
1.5k
VIEWS

Di sebalik pelbagai kecaman terhadap Kesatuan Rusia, negara itu konsisten dengan operasi khas ketenteraan terhadap Ukraine yang sudah berlanjutan lebih setahun. Apa yang perlu diperhalusi ialah mengenai kempen berterusan di seluruh dunia yang semakin memperhebat kecaman ke atas negara yang tidak pernah tunduk dengan Barat tersebut, termasuk kempen memperlekehnya di media sosial.

Gerakan saraf besar-besaran yang boleh dilihat di semua platform media sosial terutamanya YouTube dan TikTok, yang diulang-ulang dan disebar-luas secara berterusan dan berskala mega, termasuk merendah-rendahkan kemampuan dan keupayaan ketenteraan Rusia dan perisikannya, selain untuk menunjukkan Ukraine yang didalangi kuasa Barat berada di hadapan, ia juga dibuat semata-mata untuk ‘demoralize‘ rakyat dan pasukan tenteranya.

Komuniti perisikan Barat yang diketahui menjadi dalang utama mencetus demonstrasi dan suasana tidak selesa bagi menunjukkan penolakan rakyat Rusia terhadap naratif “perang Rusia ke atas Ukraine” termasuk menabur wang berbilion dollar untuk mencapai matlamat ini, berusaha bermati-matian untuk merosakkan reputasi Presiden Putin, barisan pemimpinnya serta pemerintah tertinggi tentera mereka dengan apa jua cara sekalipun. 

Ini termasuk propaganda kononnya wujud “ancaman menggunakan senjata nuklear” di mana pihak Amerika Syarikat dan Barat yang sengaja memetik kenyataan Presiden Vladimir Putin dan bekas Presiden Rusia Dmitry Medvedev secara salah, bertujuan memaksa secara halus sekutu masing-masing untuk bertindak membekalkan senjata termasuk bantuan persenjataan berat. Sedangkan Rusia hanya bertindak mengikut ‘suasana’ geopolitik yang berlaku di sekeliling negaranya yang semakin mengancam kesatuan tersebut, sehingga memaksa tindakan keras dan tegas dilakukan.

Operasi khas ketenteraan dilihat agresif, ancaman kepada negara lain tetapi dalam masa yang sama Amerika Syarikat dan Barat tidak segan-silu membekalkan kelengkapan perang secara besar-besaran dan terbuka kepada Ukraine atas naratif kononnya untuk melindungi wilayah tersebut yang ‘dibuli’ Rusia. Hakikatnya tindakan ini hanya menambah ketegangan di kedua-dua negara tersebut dan bukannya menambahbaik sebarang usaha ke arah perbincangan bagi mengelakkan konflik berterusan. 

Justifikasi operasi khas ketenteraan Rusia ke atas Ukraine untuk melindungi ancaman rentas sempadan yang berlaku sejak sekian lama sehingga Presiden Putin hilang kesabaran, walaupun dijangka berterusan sehingga beberapa tahun lagi sekalipun pasti tidak akan menjadi sekejam dan melampau seperti serangan nuklear ke atas dua wilayah Jepun oleh Amerika Syarikat pada perang dunia kedua sebelum ini. Justifikasi penggunaan nuklear oleh Amerika Syarikat ketika itu ‘diwajarkan’, kononnya demi melindungi kepentingan rakyat masing-masing walaupun dibuat secara kejam dan sangat melampau.

Jangan dilupakan, sehingga kini negara tersebut sangat berbangga dengan serangan kejam tersebut, yang sebenarnya dibuat hanya untuk menjustifikasikan pembangunan dan pemilikan senjata nuklear oleh negara kuasa besar itu dan sekutu-sekutunya termasuk Israel. Sejak itu, pergolakan dunia dan ‘melobi’ peperangan menjadi perniagaan terbesar buat mereka walaupun di sisi lain Amerika Syarikat dan Barat bermuka-muka kononnya ‘mengutuk’ peperangan dan beraksi sebagai ‘polis dunia’. Selagi peperangan dan pergolakan berlaku di seluruh dunia, selagi itulah keuntungan diperolehi oleh Amerika Syarikat dan sekutunya yang kononnya dikenali sebagai ‘penyelamat’ walaupun hakikatnya mereka itulah pemula dan dalang utamanya. 

Oleh kerana itulah mudah difahami rasional bekas Medvedev yang berkata bahawa bantuan bekalan senjata Amerika yang lebih canggih ke Ukraine bakal mencetuskan lebih banyak serangan balas daripada Rusia. Ini kerana tentunya melindungi kedaulatan negara sendiri jauh lebih penting berbanding menjaga keamanan serantau, seperti retorik Amerika Syarikat dan sekutu Baratnya gunakan untuk menghalalkan tindakan membantu Ukraine. Malah tindakan balas atau retaliation yang jauh lebih kejam dan melampau pernah dilakukan Amerika Syarikat ke atas Jepun, hanya membuktikan Rusia jauh lebih rasional dan berperikemanusiaan dengan melakukan operasi khas ketenteraan secara berperingkat, demi mengecilkan kemusnahan yang mungkin dihadapi oleh masyarakat awam di Ukraine. 

Apapun, sebagai sebuah negara yang mampu bertahan dalam suasana perang untuk satu jangka masa yang lama, Rusia perlu mengambil pendekatan menghapuskan ‘anasir luar’ yang bertapak dalam negaranya melalui slogan anti perang dan pencerobohan ke atas Ukraine. Jelas ia didalangi oleh perisikan Barat yang berterusan menggunakan perang saraf secara adu domba bagi mencetuskan suasana tidak selesa rakyat Rusia terhadap pemerintahnya sendiri. Jika dibiarkan atau dipandang ringan, dikhuatiri ia bakal menjadi tragedi buat Rusia dan pemimpin-pemimpinnya yang telah berusaha keras selama ini melindungi negaranya sejak sekian lama daripada ‘dibolosi’ oleh Amerika Syarikat dan sekutunya.

Jika masih skeptikal, jangan lupa tragedi pembunuhan ke atas Saddam Hussein di Iraq dan Muammar Gaddafi di Libya yang sangat dibanggakan Amerika Syarikat dan sekutunya di Barat di mana sentimen rakyatnya dibangkitkan untuk membenci dan menentang pemimpin sendiri. Kononnya pemimpin jahat dan korup mahu dihapuskan tetapi sebenarnya proksi seperti “burung kakak tua” mahu diletakkan, sama seperti peranan Zalensky di Ukraine ketika ini. Jika mahu disoroti lebih jauh, sejarah Palestin pernah mengajar kita bagaimana laungan ‘merdeka’ dan sentimen nasionalisme dibangkitkan Barat agar rakyatnya bangkit dan keluar daripada pengaruh kerajaan Islam Uthmaniah – yang akhirnya menjadi tragedi ngeri buat mereka yang diperdaya Barat sehingga kini.

Justeru, jika “pertahanan terakhir” ini berjaya dilumpuhkan, selepas itu tentu negara sekutu Rusia pula akan menjadi sasaran, sehinggalah agenda utama Amerika Syarikat dan Barat mendominasi dunia berjaya dipenuhi. Sehingga kini, Presiden Putin dan Rusia masih menjadi batu penghalang terbesar buat mereka dan kerana itulah beliau sangat dibenci dan perlu dihapuskan.

Nauzubillah, jika ini berlaku tentu kesannya terhadap geopolitik dunia di masa depan sangat mengerikan. Justeru, semoga Allah Taala melindungi kita semua dan memberi kekuatan untuk negara Rusia bertahan, In Sha Allah. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts