PEMIMPIN PAS, BERSATU SALAH-MENYALAH SIAPA CADANG KHAIRY MENTERI BESAR

106
SHARES
342
VIEWS

Seperti yang dijangka, apabila Khairy Jamaluddin membuat kenyataan bahawa ada pihak yang menawarkan jawatan Menteri Besar sekiranya menang bertanding di mana-mana DUN kelak, ada pemimpin-pemimpin dalam dua parti utama Perikatan Nasional mula bertelagah sesama sendiri.

Mereka menyifatkan Khairy sebagai ‘perasan’ dan hidung tidak mancung pipi tersorong-sorong. “Mana ada pernah kami berbincang lantik dia (Khairy) jadi MB (Menteri Besar)? Ramai lagi layak dari kami ini (PAS). Tidak tahulah jika Bersatu, tetapi kami tidak setuju.

Kata pemimpin Bersatu pula yang ditemubual melalui telefon, “Dia parti apa? Dia jawatan apa? Dalam UMNO pun kalut, kena pecat, nak jadi MB (Menteri Besar) pula. Tak tahu malu partipun takde (tiada) lagi.” Bila ditanya kembali kepada pemimpin tersebut sama ada boleh dedahkan nama dan siapa yang tawarkan jawatan tersebut kepada Khairy, beliau menjawab, “Tak tahu. Tanya PAS kot depa tahu.

Mana tahu yang tawarkan jawatan tersebut mungkin pemimpin tertinggi parti PAS atau Bersatu sendiri, iaitu Haji Hadi atau Mahiaddin. Sebab itu pemimpin di Selangor masih belum tahu dan salah-menyalah antara satu sama lain.

Tetapi mungkin juga Khairy menolak tawaran tersebut kerana matlamat beliau ingin menjadi Perdana Menteri dan bukannya Menteri Besar. Apapun, begitulah Khairy, sentiasa oportunis dan bercita-cita tinggi. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts