SINDIKET SCAMMER PELABURAN DIDALANGI WARGA UK TUMPAS

116
SHARES
374
VIEWS

Sindiket penipuan pelaburan yang didalangi oleh warga United Kingdom (UK) ditumpaskan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam beberapa serbuan di sekitar ibu negara dan Pulau Pinang semalam. 

Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, operasi yang dinamakan Op Tropicana ini dijalankan dengan kerjasama pelbagai jabatan dan agensi. Ini termasuk Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Cyber Security Malaysia, Telekom Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Tenaga Nasional Berhad serta Lembaga Haasil Dalam Negeri.

Risikan juga dibuat dengan kerjasama antara agensi di Australia dan beberapa negara luar. Bahagian Pengubahan Wang Haram dan Pelucuthakan Harta (AMLA) SPRM turut membantu dalam siasatan tersebut.

Menurut SPRM, 24 serbuan telah dilaksanakan termasuk tiga pusat panggilan atau ‘boiler room‘, syarikat serta kediaman ahli sindiket. Serbuan dijalankan dengan kaedah risikan ‘intelligence base investigation’, financial investigation, covert operative, undercover dan beberapa kaedah siasatan lain turut digunakan.

Ahli-ahli sindiket yang ditahan ini terdiri daripada warga UK, Australia, Afrika Selatan dan Filipina.

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts