BIDEN CALONKAN BEKAS CEO MASTERCARD AJAY BANGA KETUAI BANK DUNIA

335
SHARES
2k
VIEWS

Presiden Amerika Syarikat Joe Biden mencalonkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mastercard Ajay Banga sebagai Presiden Bank Dunia, semalam. Beliau juga memuji Ajay yang berpengalaman menjalin perkongsian antara awam-swasta dalam menangani rangkuman kewangan serta perubahan iklim.

Bank Dunia sehari sebelumnya berkata, mereka menjangkakan untuk memilih presiden baharu pada awal Mei bagi menggantikan David Malpass yang mengumumkan peletakan jawatannya minggu lalu. Ini berikutan kontroversi mengenai pandangannya tentang perubahan iklim yang telah berlarutan selama berbulan-bulan, termasuk tekanan daripada Setiausaha Perbendaharaan Janet Yellen. 

Selain menamakan Ajay sebagai calon Presiden, Biden turut memperincikan pengalamannya dalam menyatukan sumber awam dan swasta untuk menangani cabaran mendesak seperti perubahan iklim. Beliau berkata latar belakang Ajay yang membesar di India memberinya perspektif unik bagaimana bank itu boleh mencapai dua matlamatnya iaitu mengurangkan kemiskinan dan mengembangkan kemakmuran.

Sebagai rekod, kebiasaannya Bank Dunia diketuai oleh individu daripada Amerika Syarikat sebagai pemegang saham terbesarnya, manakala Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pula diketuai oleh individu daripada Eropah, tetapi pasaran semasa yang pesat membangun telah mendorong IMF untuk meluaskan pilihan tersebut.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts