SPRM WAJAR SIASAT SUMBER KEWANGAN PAS

362
SHARES
2.1k
VIEWS

Timbul persoalan apabila PAS berkata mereka bersedia memberikan wang yang banyak kepada Bersatu yang dibekukan akaunnya, bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri. Menurut Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Nik Muhammad Zawawi Salleh, tidak kira untuk apapun, partinya akan sentiasa menyokong rakan sekutunya berdepan dengan PRN.

PAS ini banyak duit. Kalau Bersatu tiada duit, maka kita beri mereka duit. Tetapi, tidak kiralah untuk apa-apapun selepas ini, duit banyak sahaja yang akan diberikan oleh ahli-ahli PAS.

Sebenarnya, PAS tidak perlukan satu jumlah yang besarpun. Macam saya sendiri bertanding pilihan raya, saya tidak keluar duit banyak, berapa ribu sahaja saya keluarkan.

Walaupun Zawawi berkata kononnya beliau sendiri tidak memerlukan jumlah yang banyak ketika bertanding pilihan raya lepas, namun kenyataannya itu dilihat bercanggah dengan kempen PRU-15 Perikatan Nasional yang dilihat sebegitu mewah. 

Malah kenyataannya bahawa PAS bersedia untuk membantu Bersatu dalam apa juapun keadaan hanya menimbulkan tanda tanya daripada manakah sumber mereka selama ini?

Apatah lagi apabila Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri telah mengaitkan dana Perikatan Nasional dengan syarikat perjudian, maka tentu menjadi kewajipan pihak berkuasa untuk membuat siasatan terperinci demi menegakkan kebenaran. 

Rakyat khuatir jika rasuah terang-teranganpun boleh dikatakan PAS sebagai sedekah, bagaimana dengan belanja mewah yang digunakan Perikatan Nasional ketika PRU-15 lepas? Atau mungkin dana besar dimaksudkan didapati melalui “derma tabung Milo” dan bukan dana judi seperti didakwa Perdana Menteri. 

Justeru semoga ada pihak yang tampil membuat laporan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar isu PAS mempunyai wang banyak serta Perikatan Nasional berbelanja mewah di PRU-15 disiasat segera. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts